Wednesday, October 19, 2011

Takdir Berkata Begitu ~sambungan 2~

Sebulan berlalu kini tibalah masa untuk ke sekolah kembali dan kini aku melangkah masuk ke tingkatan 4. Aku diterima masuk ke asrama penuh dan aku berazam akan belajar bersungguh-sungguh agar dapat mencapai cita-citaku. Berada di asrama penuh sungguh berlainan dengan sekolahku yang dulu. Guru-guru terlalu tegas dan peraturannya terlalu ketat tetapi aku dapat terima semua itu dengan hati yang terbuka. Kadangkala aku mahu saja berputus asa kerana merasa penat untuk belajar. Tetapi setiap kali teringat akan pesanan mama semangatku kembali. Banyak perkara yang telah aku pelajari untuk menjadikan aku seorang yang lebih tabah menghadapi segala rintangan.
Hidupku tidak seperti orang lain hidupku penuh dengan rahsia dan tidak ada seorang pun yang tahu. Sekiranya ada yang tahu tidak ada seorang pun yang akan mengerti kerana mereka tidak merasa apa yang aku rasakan. Kawan yang sejati memang sukar untuk di cari yang ada hanyalah kawan yang hadir saat kita gembira tetapi menghilang saat kita sedih. Memang sukar untuk mencari kawan yang akan mendengar luahan hati kita, berada di sisi kita saat kita sedih dan sentiasa akan bersama kita walau apa pun situasi yang kita hadapi. Kalau pun ada ia bukan berada di sekitar kita tetapi berada jauh dari kita.
“Kak Lynna.” Kata seseorang mengejutkan aku dari lamunanku dan semua tentang zaman persekolahanku lenyap. Aku melihat adikku Anne telah berada di sebelahku.
“Apa yang kak fikirkan tu? Dari tadi lagi Anne panggil kak tau.” Kata Anne
“Kak Cuma teringat zaman persekolahan kak.”
“Kak rindu ya?”
“Ya Anne. Kak rindu sangat-sangat pada zaman persekolahan. Sekarang semuanya membawa haluan masing-masing selepas mengambil keputusan spm. Kali terakhir jumpa mereka ketika terima anugerah.”
“kak tanyalah khabar kawan-kawan kak. Kak mesej atau telefon dorang.”
“Semua sudah tukar nombor.”
“Ya ke?”
“Ya Anne. Tapi tidak apalah kak harap mereka sihat-sihat saja. Anne kena hargai zaman persekolahan Anne. Jangan sia-siakan masa Anne yang ada dan jangan sekali-kali Anne tersilap langkah kerana sekali Anne silap susah untuk Anne perbaiki semua itu kembali. Zaman persekolahan adalah zaman yang istimewa kerana pada zaman ini kita mengenali kawan dan lawan. Kita kena berhati-hati ketika memilih kawan jangan sampai tersalah pilih dan jangan terlalu percaya dengan seseorang kecualilah orang itu memang boleh di percayai. Anne kena ingat pesan kak ini tau. Kak tidak mahu apa-apa perkara buruk terjadi dengan Anne. Kak pernah lalui zaman persekolahan sebab tu kak cakap macam ini.”
“Ya kak, Anne faham. Anne tidak akan sia-siakan juga masa yang Anne ada ketika ini dan akan sentiasa berhati-hati dalam semua perkara yang Anne buat. Anne tidak mahu kecewakan papa dengan kak dan paling penting tidak mahu mama kecewa walaupun mama telah tiada tapi Anne tahu mama sentiasa nampak apa yang Anne buat.”
“Baguslah kalau macam itu Anne fikir. Kak tau Anne ada boyfriend betulkan?”
“Ya kak ada. Macam mana kak tau?”
“Anne, kak pernah alami semua itu ketika sekolah. Kak cuma nak cakap Anne jangan terlalu percaya dengan kata-kata atau janji mereka. Jangan sampai Anne terjerumus kak tidak mahu. Pelajaran kena ingat juga pandai-pandailah bahagikan masa tu. Dulu waktu sekolah ada kawan kak yang couple satu kelas kak juga. Dorang selalu belajar bersama-sama buat kerja rumah pun sama-sama. Keluar keputusan exam dua-dua pun dapat keputusan yang baik.”
“Wah bestnya macam tu belajar sama-sama lagi tu. Yalah kak, Anne faham maksud kak. Kak tidak perlu risau okey Anne akan bahagikan masa Anne juga.”
“Anne belum mahu tidur ke ni? Dah jam berapa dah ni Anne belum lagi tidur. Nanti lambat pula nak ke sekolah besok pagi.”
“Yalah kak. Okeylah Anne tidur dulu kak. Good night and sweet dream.”
“Ya you too.” Anne pun keluar dari bilikku dan terus ke biliknya. Aku pun tidur.

            Aku melihat ke luar jendela lampu neon masih lagi berpasang ketika ini semua orang masih lagi dibuai mimpi indah kerana penat mengejar harta dunia. Sebentar lagi mentari akan menjelma di ufuk timur iaitu perkara yang amat aku sukai. Inilah tanda keindahan yang diciptakan oleh yang mahakuasa. Aku akan memulakan hidupku sebagai mahasiswi tetapi hatiku tidak merasa gembira kerana orang yang membina impian bersamaku tidak ada disisiku. Kemana perginya sahabat-sahabatku dah setahun lamanya aku tidak menerima khabar dari mereka. Hatiku tertanya-tanya entah bagaimana agaknya keadaan mereka sekarang.
Minggu pertama berada di UiTM diadakan orientasi untuk mahasiswi dan mahasiswa baru. Pada minggu ini dikenalkan semua pensyarah dan minggu ini juga sesi suai kenal antara semua. Senior yang bagi orientasi mengambil course accounting dan sekarang berada dalam semestar akhir. Orangnya tinggi, putih dan memang cun gila sampai hampir semua gadis gilakannya kecuali aku. Sepanjang orientasi senior ini asyik senyum saja aku tidak pasti sama ada dia tu tidak penat ke asyik senyum 24 jam. Entah-entah tidur pun senyum kot.
Kini minggu orientasi telah pun berlalu. Pengajianku telah pun bermula tetapi hari ini tidak ada kuliah kerana hari ni hujung minggu. Rakan serumahku tidak ke mana-mana hanya di rumah saja.
“Lynna tidak ke mana-mana ke hari ini?” tanya suzy iaitu rakan serumahku yang kecil molek. Ambil course multimedia.
“Tidak. Malas nak jalan. Korang pula tidak ke mana-mana?” soal ku.
“Nak jalan ke mana pula?” soal Erra rakan serumahku juga dan ambil course perhotelan. Orangnya tinggi,montel dan mempunyai lesung pipi.
“Yalah manalah tahu korang nak jalan.”
“Baik duduk rumah saja.” Kata Ezlin mengambil course perlancongan berasal dari sarawak.
“Lynna tidak ada temu janji ke dengan Danny?” soal Erra tiba-tiba
“Temu janji apa pula ni.”
“Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu.” Kata Erra
“Apalah. Kami tidak ada apa-apa pun.”
“Ya ke tu tidak ada apa-apa? Rapat semacam saja tu?” kata Ezlin pula.
“Korang ni nak kenakan Lynna ya?”
“Tak adalah. Tapi kalau ada pun apa salahnyakan? Sama padan sama cantik.” Kata Suzy. Aku ketawa.
“kenapa pula Lynna ketawa? Suzy cakap betul-betul ni”
“Ada-ada saja korang ni. Tidak ada okey. Kami just friend tidak lebih okey.”
“Kalau Lynna tidak mahu bagi kat Ezlin saja.” Gurau Ezlin
“Boleh-boleh. Ezlin ambil saja.” Kataku
“Tak naklah nanti ada orang marah.”
“Siapa?”
“Orang tu tidak mahu mengaku.”
“Sudah-sudahlah tu.”
Hubungan antara aku dan rakan serumahku semua baik-baik saja kerana semuanya memahami dan suka bergurau. Selama sebulan kami tinggal bersama tidak pernah pun ada pergaduhan atau tidak sesuai dengan sikap masing-masing. Semuanya berfikiran terbuka dan tidak ambil hati ketika bergurau antara satu sama yang lain. Teringat ketika mula-mula perkenalan antara kami semua.
“Hai all I’m Suzy. Panggil Suzy saja.”
I’m Ezlin Rina. Just call me Ezlin or Ez.”
“Saya Erra.”
“Erra Fazira ke.” Soalku dan semua ketawa.
“Tidaklah. Erra Farah.”
“Oo. Ingatkan Erra Fazira. Saya Lynna Irene.”

Aku tersenyum mengingati bagaimana perkenalan antara aku dan  rakan serumahku. Walaupun waktu itu aku belum benar-benar kenal mereka tetapi aku sudah bawa bergurau tetapi semua pun okey saja. Kadang-kadang aku yang di kenakan oleh rakan serumahku macam-macamlah yang mereka kenakan. Setiap hari penuh dengan gelak tawa ini mengingatkan aku dengan rakan-rakan sekolahku. Aku amat merindui mereka entah mereka berada di manalah sekarang ini.

No comments:

Sepi

Aku terbangun dalam kesunyian malam Hati terasa sakit melihat sekeliling Ada sesuatu yang telah hilang Aku rindu sosok kecil itu lagi Kuatka...