"Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest thing to repair"
Thursday, May 3, 2012
Hard to say
tengok sekeliling kawan-kawan sudah tidur.. saya lagi masih menghadap laptop.. banyak sangat bermain dalam fikiran.. mau buat assignment mood pun hilang sudah.. memikirkan sahabat saya.. angin sampaikan pada dia yang berada jauh di sana agar tabah menghadapi apa pun rintangan hidup.. katakan juga kepada dia bahawa saya akan sentiasa ada di sini mendengarkan dia.. juga boleh pinjamkan bahu untuk dia meletakkan kepala seketika.. sedih dia sedih saya juga.. sembuhkanlah hati dia yang sakit.. semoga dia mendapat kegembiraan dalam hidup dia dan menemukan cinta sejati dia.. tanpa gurauan dia, saya merasakan ada sesuatu yang hilang.. terasa sepi.. tanpa dia tidak ada orang yang akan menyakat saya.. tanpa dia senyuman saya terasa tawar.. saya betul-betul kehilangan dia.. tapi tiada apa yang mampu saya lakukan di sini.. hanya doa di hati ini yang akan mengiringi hari-hari dia.. sahabat kecil saya.. seorang yang suka senyum kini bertukar menjadi muram.. seorang yang suka menyakat kini menjadi pendiam.. seorang yang macoh kini hilang entah ke mana.. seorang sahabat yang saya pendam rasa kini sedang bersedih kerana seorang yang dia sayangi.. kita tidak pernah tahu masa depan.. semua itu bukan tahap kita.. apa pun yang berlaku saya sentiasa sayangkan dia.. mungkin tidak akan dapat sayang dia lebih dari sahabat tapi bersyukur masih boleh berada di sisi dia dan lihat dia tersenyum juga gembira..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sepi
Aku terbangun dalam kesunyian malam Hati terasa sakit melihat sekeliling Ada sesuatu yang telah hilang Aku rindu sosok kecil itu lagi Kuatka...
-
Alangkah indahnya jika kehidupan manusia seindah bintang-bintang di atas sana. Lumrah hidup ada turun dan naik juga ada suka dan ...
-
Kadangkala orang yang menyintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu.. kerana orang itu takut kau berpaling da...
No comments:
Post a Comment