Jam pada ketika ini menunjukkan
1.24 minit pagi. Sudah terlalu lewat bagi seorang anak gadis tetapi masih awal
bagi seorang insan yang bergelar pelajar seperti aku. Fikiranku melayang-layang
memikirkan sesuatu. Bintang di atas sana bersinar terang menghiasi dada langit
ditemani bulan yang menerangi malam hari. Angin bertiup lembut memasuki bilikku
melalui tingkap yang ku buka luas. Kenangan lalu mulai memasuki mindaku saat
ini tetapi cepat-cepat ku usir. Aku tidak ingin hati yang sepi ini terasa lebih
sepi lagi apabila terkenangkan masa lalu.
“Aku sayangkan dia. Aku
mencintai dia. Aku hanya mahu menjadi yang terbaik untuknya. Aku Cuma ingin
mencintai dia seorang. Aku perlukan dia. Aku tidak sanggup kehilangannya.”
Itulah apa yang sering hatiku inginkan. Dia adalah yang pertama membuatku kenal
erti sahabat, mengenal erti benci, mengenal erti sayang, mengenal erti rindu,
mengenal erti simpati, mengenal erti pertemuaan, mengenal erti perpisahaan dan
bagiku dia adalah insan yang pertama mengajarku banyak benda. Mungkin sebab itu
aku tidak dapat melupakan dia walau sampai bila-bila pun.
Orang selalu kata setakat
setahun dua saja tidak susah untuk di lupakan pun cari saja yang lain. Namun ia
bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan apatah lagi andai aku bukan
mengenali dia setahun dua tapi sudah berbelas tahun lamanya. Selama ini aku
hanya memendam rasa menanti dan terus menanti dia akan memulakan langkah. Walau
terpisah oleh jarak dan waktu dia tetap berada dalam ingatan. Hati
masing-masing telah di miliki oleh insan lain namun sejujurnya aku masih
menantikan dia. Tidak pernah aku jemu berada di sisinya mendengarkan segala
keluhannya malah aku lagi senang.
Cinta itu unik mampu membuatkan
manusia tidak dapat mengeluarkan kata-kata ketika berhadapan dengan insan yang
di cintai. Boleh juga membuatkan seseorang itu menjadi tidak tentu arah, kurang
waras, berubah perwatakan dan banyak lagi. Kerana sabar mencintai dia, aku
merasa bahagia juga akhirnya tapi bahagia yang aku dapat hanya seketika saja
dan aku terluka juga. Cinta yang ku tunggu bertahun lamanya adalah milik orang
bukan diriku. Jika hatiku ini kaca pasti akan terlihat serpihan-serpihannya
bertaburan. Aku punya rasa, aku punya cinta, aku punya rindu, aku punya sayang
dan aku adalah gadis biasa juga.
Jika terluka pasti air mataku
akan mengalir juga jatuh ke bumi walau pun telah berusaha ku tahan. Aku
menyepikan diri memujuk hati yang telah terluka ini dan tidak ingin sesiapa pun
melihat aku menangis juga bersedih. Di sebalik kesakitan ini aku mencari kekuatan
untuk bangun dan meneruskan langkah kaki ku ke hadapan. Ku tinggalkan
kesedihanku di belakang dan berusaha untuk terus tersenyum agar mereka tidak
tahu bahawa aku bersedih. Walau harus aku akui apabila bersendirian pasti aku
akan teringat semua kenangan bersamanya.
No comments:
Post a Comment