Petang
yang suram di luar sana hujan sedang turun seperti dapat membaca apa yang
sedang aku fikirkan dan rasakan saat ini. Bagaimana kuatnya hujan yang turun
begitulah juga air mata dalam hati aku sekarang ini. Aku kuatkan diri agar air
mataku tidak mampu di lihat oleh sesiapa agar mereka tidak dapat melihat bahawa
aku sedang bersedih. Biarlah aku simpan rasa ini dan biarlah hanya aku seorang
saja yang mengetahui betapa teruknya rasa kecewa dalam hati aku ini. Sakit
sangat sakit sekali! Ternyata apa yang aku berikan tidak pernah cukup untuk
memberinya bahagia.
Tidak
pernahkah sedikit saja dia memahami diriku? Tidak pernahkah dia cuba memahami
mengapa aku mengatakan tidak untuk sesetengah perkara. Dia sendiri tidak ingin
di desak begitu jugalah aku yang tidak ingin di desak. Aku belum sedia lagi
untuk semua itu sebab itu kenapa aku tolak permintaanya. Bukan aku tidak sayang
cuma aku belum bersedia untuk menghadapi hidup seperti itu. Aku belum cukup
ilmu tentang semua itu bagaimana nanti hidup aku dan dia jika diri sendiri pun
aku belum cukup pandai untuk jaga inikan lagi mahu jaga dua orang.
Aku
lepasakan dia bukan kerana aku tidak lagi manyayangi dirinya tapi kerana cukup
menyayanginyalah aku membuat keputusan untuk melepaskan dia. Apa yang mampu aku
lakukan hanyalah berdoa agar dia mengecapi bahagia nanti bersama insan yang
cukup memahaminya dan menyayanginya. Selagi dia bersamaku selagi itulah dia
akan merasa tidak bahagia kerana banyak benda yang aku tidak mampu tunaikan
untuknya. Aku tidak ingin lagi disakiti apalagi manyakiti hati dan perasaan
orang lain. Cukuplah apa yang aku rasakan selama ini ia sangat-sangat sakit
sekali.
Doaku
akan selalu menyertai dia semoga akan ada kebahagiaan untukku di depan sana.
Biarlah dia menjadi lelaki terakhir dalam hidupku kerana aku tidak mampu lagi
membuka pintu hatiku untuk orang lain. Sudah tertutup pintu hatiku untuk
menerima kehadiran yang namanya lelaki. Cukup sakit aku rasakan tidak terkata
dan biarlah semuanya aku anggap sebagai kawan saja. Jika ditanyakan mengapa aku
masih sendiri akanku jawab ‘mungkin jodoh belum sampai’ walaupun kenyataannya
pintu hatiku telah tertutup.
No comments:
Post a Comment