Aku duduk di tempat biasa di bawah sepohon
pokok dan di hadapannya sebuah tasik yang luas. Fikaranku melayang-layang
memikirkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Banyak benda menganggu
fikiranku kebelakangan ini mungkin juga disebabkan assignment yang di berikan
prof. Aku melihat jam yang berada di pergelangan tanganku telah lewat sepuluh
minit aku menunggu Danny. Tiba-tiba ada seseorang meneguku.
“ Dah lama ke Irene tunggu Danny?”
“ Tak adalah baru saja”
“Sorry
I’m late. Jumpa prof lagi tadi”
“ It’s
ok. Ada apa hal Danny nak jumpa Lynna ni?”
“ I want
to say sorry about yesterday. Danny tidak mahu kerana kata-kata Danny
kelmarin Irene menjauhkan diri dari Danny.” Aku senyum
“ Lynna tetap ada dekat sinikan? Lynna tidak
menjauhkan diri jugakan? Sudahlah tidak payah lagi Danny ingat tu. Tapi janji
jangan lagi cakap hal tu ok.”
“Ok Danny janji”
Aku dan Danny pun ketawa bersama-sama. Dalam
hatiku bersyukur mempunyai sahabat seperti Danny yang cukup memahamiku.
Walaupun aku rapat dengan Danny tapi aku hanya menganggap Danny sebatas teman
saja tidak lebih dari itu. Perkenalan antara aku dan Danny telah hampir
setahun. Saat aku amat memerlukan seseorang untuk mendengar aku pasti Danny
berada di sisiku tepat pada masanya tidak kira saat aku sedih atau gembira.
Namun kemesraan antara aku dan Danny di salah tafsir oleh kawan-kawanku dan
menyebabkan sesetengah pihak merasa tidak puah hati denganku.
“ Aku nak kau jauhkan diri kau daripada Danny!
Danny itu milik aku faham!” Azza yang datang dari mana tiba-tiba memberiku amaran.
“ Antara saya dan Danny hanya sebatas teman
tidak lebih dari itu”
“ Sebatas teman konon. Hei! Aku nak kau
jauhkan diri daripada Danny. Kau ingat Danny nak ke perempuan macam kau ini?
Kau bukan test Danny.”
“ Hei Azza! Kau siapa nak suruh Lynna jauhkan
diri dari Danny?” tiba-tiba Ezlin bersuara.
“ Aku bukan bercakap dengan kau faham!”
“ suka hati aku lah nak bercakap!”
“ Berani kau dengan aku ya. Kau tidak kenal ke
siapa aku?”
“ Berani kerana benar Azza. Aku tak kisahlah
kau siapa anak Datuk ke, orang kenamaan ke, Menteri ke aku tak takut!” Azza
mula angkat tangannya hendak menampar Ezlin tapi cepat-cepat aku tarik Azza
berada di sisiku.
“ Sudahlah Ezlin jom kita beredar.” Kataku dan
mula hendak beredar tapi tiba-tiba tanganku di tarik dengan kasar.
“ Nanti!”
“ Lepas!”
“ Ingat apa aku kata tadi”
“ Dahlah Azza kalau Azza nakkan sangat Danny
tu tidak ada yang larang pun lagi pun Danny bukan milik siapa-siapa. Satu saja
saya minta tolong jangan kacau saya!” hatiku sakit tapi aku tahan. Aku cuba tarik
nafasku perlahan-lahan cuba bersabar lalu sku beredar.
Tidak pernah ada niatku untuk merampas
siapa-siapa atau ingin memiliki milik orang namun aku di tuduh sebegitu. Hidup
ini walau baik macam mana sekali pun kita dengan orang pasti akan ada juga sesetengah
pihak yang tidak puas hati dengan kita kerana kita tidak mungkin dapat
memuaskan hati semua pihak. Begitu juga dengan apa yang aku alami apa saja yang
aku lakukan pasti ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati.
“ Irene are
you here?” soal Danny mengejutkan aku dari lamunan. Aku melihat Danny
“ Jauh betul Irene mengelamun sampai Danny
panggil berkali-kali pun Irene tidak sedar. Apa juga yang Irene lamunkan itu?”
“ Tak ada apa-apa Danny” aku senyum
“ Kalau Irene ada apa-apa masalah just tell me okey?”
“ I’m
okey don’t worry.”
“ Okey.
Temankan Danny makan boleh? Lapar Danny tau.”
“ Ok jom.”
22 October 2010
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini kepalaku selalu saja sakit
kadang-kadang menyebabkan tumpuanku terganggu. Ma, pagi tadi Lynna ada lihat Azrey
bersama seorang wanita kata orang wanita itu teman wanitanya nampaknya dia
sangat gembira. Rupanya hati dia telah dimiliki oleh orang lain. Tak apalah
mungkin hanya perasaan Lynna sajakan? Hehe... Baru Lynna nak berangan ada teman
lelaki sekacak Azrey tiba-tiba pula Lynna tahu Azrey dah ada teman wanita. Mama
apa-apa pun doakan Lynna di sini kadang-kadang Lynna tidak dapat jalani dugaan
yang di berikan ini. Lynna lemah Mama semakin hari semakin lemah.
“ Lynna buat apa tu?” soal Erra yang tiba-tiba
muncul bersama-sama rakan serumahku yang lain
“ Tak ada buat apa-apa.” Aku menutup diariku
“ Kebelakangan ini Erra tengok Lynna Nampak
muram saja Lynna ada masalah ke? Kalau ada apa-apa masalah share dengan kami”
“ Tak ada apa-apa masalah pun cuma penat
banyak sangat tugasan yang di bagi.”
“ Lynna kalau buat kerja tu kena rehat juga
ini tidak terus-terus saja. Mana tidaknya penat.”
“ Ya. Tapi masa nak hantar tugasan tu semakin
hampir takut pula tidak siap nanti.”
“ Tengok tu muka Lynna pun pucat saja tidak
bermaya. Sakit nanti Lynna juga yang susah tau.” Marah Ezlin. Aku hanya senyum.
“ Bukan Lynna saja yang susah tapi Danny tu
pun ikut susah. Susah hati tengok buah hati dia ni sakit.” Semua kawan-kawanku
ketawa,
“ Korang ni tak kenakan aku tak bolehkan?”
“ Apa kurangnya Danny tu Lynna? Nak katakan
tak handsome banyak pula gadis-gadis yang tergila-gilakan dia. Nak katakan
kurang pandai dapat pula dia belajar sampai tahap ini. Apa yang Lynna nak lagi?”
“ Lynna nak tumpukan perhatian dalam pelajaran
itu saja.” Semua rakan serumahku terdiam.
No comments:
Post a Comment