Saturday, August 20, 2011

BELAJAR TERBANG DALAM IKATAN TALI

Mengisahkan tentang layang-layang yang suka terbang dan berfikir jika dapat memutuskan talinya,dia akan dapat terbang lebih tinggi dan mampu melihat lebih  banyak lagi.Jadi layang-layang itu meminta agar angin meniupnya pergi.

Dia menikmati kebebasannya untuk seketika,tetapi tidak lama kemudian keseronokannya segera mulai menurun. Dia terperangkap di celah dahan-dahan, lalu terlepas,akhirnya terjatuh ke tanah. Kemudian di tendang ke sana sini oleh budak-budak nakal sehingga di penuhi lumpur dan luka-luka. Semasa dia menangis sambil menyesali nasibnya, seorang anak kecil yang merupakan pemilik layang-layang tersebut telah menemuinya semula dan membersihkannya,membalut luka-lukanya dan menerbangkannya semula.
Layang-layang itu kini kembali menikmati kebebasan dengan ikatan tali. Begitulah juga dengan kehidupan manusia...

Hanya ilusi

Sang bayu sampaikan padanya tentang rasa rinduku padanya.. burung-burung mengalunkan melodi indah.. awan seperti tersenyum melihat kisah kita.. hidup ini yang penuh misteri yang tidak dapat di tafsir olah pemikiran sesiapa pun.. terdiam aku di sini sendiri.. di sudut ini.. berfikir dan terus berfikir di manakah penghujung semua ini.. cerita kita ini.. mungkin ia perlu di biarkan berlalu begitu saja di bawa angin bayu terbang jauh dari sisi hidup kini.. biarkanlah aku sendiri.. meski aku ingin dia menemani, namun itu adalah perkara yang mustahil.. aku tidak dapat menduga masa akan datang... kerna aku hanyalah manusia biasa..

Sepi

Aku terbangun dalam kesunyian malam Hati terasa sakit melihat sekeliling Ada sesuatu yang telah hilang Aku rindu sosok kecil itu lagi Kuatka...