Wednesday, October 19, 2011

Takdir Berkata Begitu ~sambungan 4~

Malam masih muda bintang-bintang bertaburan di langit yang jauh di sana. Angin bertiup lembut ketika itu. Hidup seperti roda ada turun naiknya kadang kita di bawah kadang di atas. Hidup juga seperti lilin yang akan padam pada bila-bila masa saja. Semua perkara lalu tidak boleh diperbaiki lagi kerana telah menjadi sebuah kenangan. Andai kata aku dapat kembali ke masa yang lalu, aku ingin mengubah segalanya agar rasa menyesal, bersalah, kecewa, sakit dan semuanya tidak aku rasai sekarang ini. Tetapi waktu terus berjalan tidak akan kembali ke masa lalu lagi dan adalah sangat mustahil untuk aku berundur ke masa lalu untuk mengubah segala-galanya.
Mungkin inilah jalan yang telah di tetapkan untukku jalani. Walau apa pun aku kena jalani juga dengan penuh kesabaran dan aku perlu kuatkan hati menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka. Tiada yang mudah dalam dunia ini semua perkara perlu di lakukan dengan beribu rintangan dan pastinya tiada perkara yang mustahil jika kita mencuba. Biarkan semua perkara yang pernah terjadi di tinggalkan di belakang dan tidak perlu di fikirkan lagi kerana tidak akan dapat mengubah apa-apa juga. Apa yang perlu di fikirkan sekarang adalah perkara yang akan berlaku di depan sana dan aku kena bersedia menghadapi semua itu. Aku membuka diariku.

20 October 2010

Malam ini aku sendiri lagi tanpa ada yang menemani. Ku lihat ke luar jendela lampu-lampu neon merata-rata. Fikiranku bercelaru ketika ini memikirkan perkara yang membelenggu perasaanku ketika ini. Mama, adakah mama mendengar anak mama saat ini? Lynna rindukan mama. Lynna betul-betul perlukan mama saat ini namun apakan daya Lynna berada di sini mama jauh di sana. Ma, Lynna nak bagitau mama yang hati Lynna dah di curi oleh seseorang. “ Azrey Erlan”itulah nama lelaki yang dapat mencuri hati Lynna tapi Lynna sendiri tidak pasti akan semua ini. Lynna selalu melihat Azrey dari kejauhan saja tanpa pernah tegur. Ma, setiap kali Lynna terserempak dengan Azrey, jantung Lynna berdenyut dengan laju. Apakah semua itu? Lynna tidak mengerti. Namun Lynna rasa seperti ada sesuatu yang menarik perhatian Lynna terhadap Azrey. Lynna ingin menegur Azrey namun Lynna tidak mahu terluka dan Lynna juga tidak ingin di lukai Lynna belum sedia dengan semua itu. Jadi Lynna mengambil keputusan untuk memandam saja perasaan ini. Biarkan tidak ada siapa yang tahu tentang perasaan Lynna ini. Jika Azrey memang jodoh Lynna satu hari nanti kami pasti akan bersama. Biarkanlah masa yang menentukan segala-galanya. Mama, doakan Lynna ya agar Lynna dapat menamatkan pengajiaan Lynna di sini dan Berjaya dengan cemerlang. Lynna sayang dan rindukan mama.

Aku menutup diariku dan menyimpannya di tempat asal. Aku lihat semua teman serumahku telah tidur dengan lena. Hanya tinggal aku lagi yang masih terjaga ketika ini. Besok aku ada kuliah pagi jadi aku kena lelapkan mata juga.


Aku mendengar ceramah professor Razlmi dengan tekun sambil jari jemariku mencatat apa yang professor Razlmi sampaikan. Tekadku kali ini ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk semester ini. Aku tidak ingin seperti semester yang lalu di mana keputusanku kurang memuaskan dan pointerku jatuh. Sedang tekun aku mendengar tiba-tiba rakan sebelahku memanggilku dan memberikan satu notis. Aku membaca notis itu yang bertulis

Lepas kuliah boleh Danny jumpa Irene?
Jumpa tempat biasa okey :)

Aku menyimpan notis itu dan mendengar kembali apa yang professor sampaikan. Aku berfikir mengapa Danny ingin berjumpa denganku ada hal penting apa yang ingin Danny sampaikan. Kalau Danny ingin berbicara tentang hal semalam aku belum bersedia lagi dan sebenarnya tidak ingin berbicara tentang semua itu biarlah yang di atas yang mengatur segala-galanya. Andai benar Danny di takdirkan untukku apa pun rintangan yang menghalangi pasti aku dan Danny bersama juga. Apa yang ada dalam mindaku saat ini hanyalah  berjaya dalam apa yang aku kejar dan menjadi seseorang yang di segani satu hari nanti.
“Lynna Irene” tiba-tiba namaku di sebut. Aku terpinga-pinga melihat professor Razlmi yang sedang melihat tepat ke arahku.
“hah! Ya. Ada apa prof?” suaraku tersekat-sekat
“are you okey Lynna? Prof  tengok Lynna seperti tidak sihat dan termenung.”
“tidak ada apalah prof. Sihat saja ni.”
“kalau ada apa-apa masalah  jangan segan jumpa dan beritahu prof”
“hah! Ya prof” jawabku. Semua orang memandang ke arahku.

Takdir Berkata Begitu ~sambungan 3~

“Hai Irene. Seorang saja ke?” Tegur seseorang ketika aku sedang mencari maklumat yang aku perlukan. Hanya Danny saja yang memanggil aku seperti itu.
“Ya seorang saja.” Jawabku tanpa menoleh Danny.
Busy nampak. Sorrylah ganggu.”
“Tidaklah duduklah.” Kataku dan menoleh ke arah Danny.
“Irene temankan Danny makan.” Kata Danny
“Apa juga yang Danny takut makan seorang-seorang?”
“Tak takut pun nak makan seorang-seorang.”
“Jadi pergilah makan saja.”
“Irene temankanlah boleh? Bolehlah.” Kata Danny memujuk
“Yalah kalau macam tu. Kesian pula nanti tidak ada makan.”
Yes.”kata Danny.
“Seronok nampak. Jom jalan.” Aku dan Danny pun jalan ke kafeteria. Ketika sedang makan tiba-tiba muncul seorang gadis.
“Hai Danny.”kata gadis itu.
“Ya Azza.”
“ Kenapa makan tak ajak Azza?”
“Nak makan jomlah.” kata Danny
“Ni siapa pula?” soal Azza dan memandangku seolah-olah aku ada melakukan kesalahan.
“Kenalkan ini Lynna Irene.”
“ Hai.” Kataku tetapi Azza malah menjeling aku.
“Danny, Lynna ada nak buat jadi Lynna kena pergi sekarang.”
 “Nak pergi sekarang? Kalau macam tu marilah pergi.”
“Danny nak ke mana tu? Siapa nak temankan Azza?” soal Azza dan Azza menyambung lagi.
“Siapa dia ini? Kenapa Danny lebih pentingkan dia dari Azza?” Pandangan Azza seolah-olah hendak makan aku saja ketika itu.
“Lynna pergi dulu.” Aku terus berlalu pergi tanpa memperdulikan Danny.

             Aku duduk termenung di bawah sepohon pokok yang redup sambil memandang tasik yang ada di depanku. Fikiranku kosong saat ini hatiku merasa sepi. Hidup ini umpama gula-gula masam, manis dan kadangkala masin juga umpama meniti gelombang bahagia namun bimbang. Tiba-tiba seseorang mengejutkan aku
“Termenung jauh saja Danny tengok. Irene fikirkan apa tu.” Soal Danny.
“Tidak fikirkan apa-apa pun Danny.”
“Danny tengok Irene seperti sedih saja ni kenapa?”
“Tidak ada apa-apa cuma terasa kosong saja fikiran dan terasa sepi.”
“Sepi kenapa ni Irene?”
“Tidak tahulah Danny.” Tiba-tiba telefonku berbunyi mesej dari Lina. Aku tersenyum.
“Mesej dari siapa tu senyum-senyum sendiri. Tadi sedih.”
“Dari kawan lama.” Jawabku
“Oo ya ke? Bukan boyfriend ke tu?”
“Mana ada. Lynna tidak ada boyfriend.”
“Mustahil Irene tidak ada boyfriend. Irene ni cantik dan banyak lelaki yang nak jadi boyfriend Irene. Takkan satu pun tidak ada yang berkenan di hati.”
“Malaslah Lynna nak fikir semua itu. Tidak ada hati Lynna nak fikir semua itu buat semak fikiran saja.”
“Ya ke? Mana ada.”
“Tu kata Danny sebab sekarang Danny sedang dalam perhubungan semua terasa  indah. Cinta ibarat ombak di tepi pantai. Bagaimana kuat datangnya begitu pula kuat perginya.”
“Mana ada Danny dalam perhubungan. Irene pernah kecewa ke?”
So, Azza tu siapa? Danny, tidak baik tipu tau.”
“Bukan siapa-siapa lagi. Azza tu cuma kawan tapi Azza tidak dapat terima. Irene belum jawab soalan Danny.”
“Soalan yang mana?”
“Irene pernah kecewa ke?”
“Pernah tapi tu dulu semasa sekolah lagi.”
“Sekirannya orang itu betul-betul jujur, Irene tidak mahu terima ke? Tidak semua lelaki sama Irene.”
“Danny, sebenarnya kejujuran saja tidak mencukupi untuk seseorang yang kita cintai, tetapi perlu ada kesetiaan dan keikhlasan juga pengorbanan dalam sesebuah perhubungan itu. Kita seharusnya mengenali seseorang itu lebih dekat supaya kita tidak menyesal atau kecewa di belakang hari.”
“Jika semua itu ada Irene akan terima?”
“Mungkin buat masa ini tidak.”
“ Danny nak Irene tahu Danny mencintai Irene. Danny jujur mencintai Irene.”
“Jangan berguraulah Danny.”
“Danny tidak bergurau Irene. Danny serius dengan apa yang Danny cakap. Pertama kali jumpa Irene, Danny sudah jatuh hati dengan Irene.”
sorry  Danny hati Lynna belum terbuka untuk semua itu.”
“Irene percayalah dengan Danny. Beri Danny kesempatan untuk buktikan kepada Irene bahawa Danny jujur terhadap Irene.”
“Cinta adalah api yang dingin, sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi terperangkap. Mata yang bercinta itu menutup segala keburukan dan keaiban dan mata yang membenci itu menampakkan segala kecelaan. Danny lupakan saja niat Danny itu dan tumpukan perhatian terhadap pengajian Danny.” Aku pun berlalu pergi meninggal Danny sendirian.

Takdir Berkata Begitu ~sambungan 2~

Sebulan berlalu kini tibalah masa untuk ke sekolah kembali dan kini aku melangkah masuk ke tingkatan 4. Aku diterima masuk ke asrama penuh dan aku berazam akan belajar bersungguh-sungguh agar dapat mencapai cita-citaku. Berada di asrama penuh sungguh berlainan dengan sekolahku yang dulu. Guru-guru terlalu tegas dan peraturannya terlalu ketat tetapi aku dapat terima semua itu dengan hati yang terbuka. Kadangkala aku mahu saja berputus asa kerana merasa penat untuk belajar. Tetapi setiap kali teringat akan pesanan mama semangatku kembali. Banyak perkara yang telah aku pelajari untuk menjadikan aku seorang yang lebih tabah menghadapi segala rintangan.
Hidupku tidak seperti orang lain hidupku penuh dengan rahsia dan tidak ada seorang pun yang tahu. Sekiranya ada yang tahu tidak ada seorang pun yang akan mengerti kerana mereka tidak merasa apa yang aku rasakan. Kawan yang sejati memang sukar untuk di cari yang ada hanyalah kawan yang hadir saat kita gembira tetapi menghilang saat kita sedih. Memang sukar untuk mencari kawan yang akan mendengar luahan hati kita, berada di sisi kita saat kita sedih dan sentiasa akan bersama kita walau apa pun situasi yang kita hadapi. Kalau pun ada ia bukan berada di sekitar kita tetapi berada jauh dari kita.
“Kak Lynna.” Kata seseorang mengejutkan aku dari lamunanku dan semua tentang zaman persekolahanku lenyap. Aku melihat adikku Anne telah berada di sebelahku.
“Apa yang kak fikirkan tu? Dari tadi lagi Anne panggil kak tau.” Kata Anne
“Kak Cuma teringat zaman persekolahan kak.”
“Kak rindu ya?”
“Ya Anne. Kak rindu sangat-sangat pada zaman persekolahan. Sekarang semuanya membawa haluan masing-masing selepas mengambil keputusan spm. Kali terakhir jumpa mereka ketika terima anugerah.”
“kak tanyalah khabar kawan-kawan kak. Kak mesej atau telefon dorang.”
“Semua sudah tukar nombor.”
“Ya ke?”
“Ya Anne. Tapi tidak apalah kak harap mereka sihat-sihat saja. Anne kena hargai zaman persekolahan Anne. Jangan sia-siakan masa Anne yang ada dan jangan sekali-kali Anne tersilap langkah kerana sekali Anne silap susah untuk Anne perbaiki semua itu kembali. Zaman persekolahan adalah zaman yang istimewa kerana pada zaman ini kita mengenali kawan dan lawan. Kita kena berhati-hati ketika memilih kawan jangan sampai tersalah pilih dan jangan terlalu percaya dengan seseorang kecualilah orang itu memang boleh di percayai. Anne kena ingat pesan kak ini tau. Kak tidak mahu apa-apa perkara buruk terjadi dengan Anne. Kak pernah lalui zaman persekolahan sebab tu kak cakap macam ini.”
“Ya kak, Anne faham. Anne tidak akan sia-siakan juga masa yang Anne ada ketika ini dan akan sentiasa berhati-hati dalam semua perkara yang Anne buat. Anne tidak mahu kecewakan papa dengan kak dan paling penting tidak mahu mama kecewa walaupun mama telah tiada tapi Anne tahu mama sentiasa nampak apa yang Anne buat.”
“Baguslah kalau macam itu Anne fikir. Kak tau Anne ada boyfriend betulkan?”
“Ya kak ada. Macam mana kak tau?”
“Anne, kak pernah alami semua itu ketika sekolah. Kak cuma nak cakap Anne jangan terlalu percaya dengan kata-kata atau janji mereka. Jangan sampai Anne terjerumus kak tidak mahu. Pelajaran kena ingat juga pandai-pandailah bahagikan masa tu. Dulu waktu sekolah ada kawan kak yang couple satu kelas kak juga. Dorang selalu belajar bersama-sama buat kerja rumah pun sama-sama. Keluar keputusan exam dua-dua pun dapat keputusan yang baik.”
“Wah bestnya macam tu belajar sama-sama lagi tu. Yalah kak, Anne faham maksud kak. Kak tidak perlu risau okey Anne akan bahagikan masa Anne juga.”
“Anne belum mahu tidur ke ni? Dah jam berapa dah ni Anne belum lagi tidur. Nanti lambat pula nak ke sekolah besok pagi.”
“Yalah kak. Okeylah Anne tidur dulu kak. Good night and sweet dream.”
“Ya you too.” Anne pun keluar dari bilikku dan terus ke biliknya. Aku pun tidur.

            Aku melihat ke luar jendela lampu neon masih lagi berpasang ketika ini semua orang masih lagi dibuai mimpi indah kerana penat mengejar harta dunia. Sebentar lagi mentari akan menjelma di ufuk timur iaitu perkara yang amat aku sukai. Inilah tanda keindahan yang diciptakan oleh yang mahakuasa. Aku akan memulakan hidupku sebagai mahasiswi tetapi hatiku tidak merasa gembira kerana orang yang membina impian bersamaku tidak ada disisiku. Kemana perginya sahabat-sahabatku dah setahun lamanya aku tidak menerima khabar dari mereka. Hatiku tertanya-tanya entah bagaimana agaknya keadaan mereka sekarang.
Minggu pertama berada di UiTM diadakan orientasi untuk mahasiswi dan mahasiswa baru. Pada minggu ini dikenalkan semua pensyarah dan minggu ini juga sesi suai kenal antara semua. Senior yang bagi orientasi mengambil course accounting dan sekarang berada dalam semestar akhir. Orangnya tinggi, putih dan memang cun gila sampai hampir semua gadis gilakannya kecuali aku. Sepanjang orientasi senior ini asyik senyum saja aku tidak pasti sama ada dia tu tidak penat ke asyik senyum 24 jam. Entah-entah tidur pun senyum kot.
Kini minggu orientasi telah pun berlalu. Pengajianku telah pun bermula tetapi hari ini tidak ada kuliah kerana hari ni hujung minggu. Rakan serumahku tidak ke mana-mana hanya di rumah saja.
“Lynna tidak ke mana-mana ke hari ini?” tanya suzy iaitu rakan serumahku yang kecil molek. Ambil course multimedia.
“Tidak. Malas nak jalan. Korang pula tidak ke mana-mana?” soal ku.
“Nak jalan ke mana pula?” soal Erra rakan serumahku juga dan ambil course perhotelan. Orangnya tinggi,montel dan mempunyai lesung pipi.
“Yalah manalah tahu korang nak jalan.”
“Baik duduk rumah saja.” Kata Ezlin mengambil course perlancongan berasal dari sarawak.
“Lynna tidak ada temu janji ke dengan Danny?” soal Erra tiba-tiba
“Temu janji apa pula ni.”
“Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu.” Kata Erra
“Apalah. Kami tidak ada apa-apa pun.”
“Ya ke tu tidak ada apa-apa? Rapat semacam saja tu?” kata Ezlin pula.
“Korang ni nak kenakan Lynna ya?”
“Tak adalah. Tapi kalau ada pun apa salahnyakan? Sama padan sama cantik.” Kata Suzy. Aku ketawa.
“kenapa pula Lynna ketawa? Suzy cakap betul-betul ni”
“Ada-ada saja korang ni. Tidak ada okey. Kami just friend tidak lebih okey.”
“Kalau Lynna tidak mahu bagi kat Ezlin saja.” Gurau Ezlin
“Boleh-boleh. Ezlin ambil saja.” Kataku
“Tak naklah nanti ada orang marah.”
“Siapa?”
“Orang tu tidak mahu mengaku.”
“Sudah-sudahlah tu.”
Hubungan antara aku dan rakan serumahku semua baik-baik saja kerana semuanya memahami dan suka bergurau. Selama sebulan kami tinggal bersama tidak pernah pun ada pergaduhan atau tidak sesuai dengan sikap masing-masing. Semuanya berfikiran terbuka dan tidak ambil hati ketika bergurau antara satu sama yang lain. Teringat ketika mula-mula perkenalan antara kami semua.
“Hai all I’m Suzy. Panggil Suzy saja.”
I’m Ezlin Rina. Just call me Ezlin or Ez.”
“Saya Erra.”
“Erra Fazira ke.” Soalku dan semua ketawa.
“Tidaklah. Erra Farah.”
“Oo. Ingatkan Erra Fazira. Saya Lynna Irene.”

Aku tersenyum mengingati bagaimana perkenalan antara aku dan  rakan serumahku. Walaupun waktu itu aku belum benar-benar kenal mereka tetapi aku sudah bawa bergurau tetapi semua pun okey saja. Kadang-kadang aku yang di kenakan oleh rakan serumahku macam-macamlah yang mereka kenakan. Setiap hari penuh dengan gelak tawa ini mengingatkan aku dengan rakan-rakan sekolahku. Aku amat merindui mereka entah mereka berada di manalah sekarang ini.

Takdir Berkata Begitu ~sambungan 1~

Setiap hari aku berdoa agar mama cepat sembuh agar dapat bersama-sama bergurau senda seperti dulu sewaktu mama masih sihat lagi. Aku tidak sanggup lagi tengok mama seperti itu terpaksa menanggung rasa sakit. Aku sedih tengok mama begitu aku mahu mama kembali sihat seperti dulu. Kalau boleh biarlah aku yang tanggung sakit mama itu. Biarlah aku yang merasa sakit. Kenapalah cobaan yang di berikan ini terlalu berat aku tidak sanggup lagi menanggung semua ini.
“Lynna kena tabah menghadapi semua ini. Nick tahu ia terlalu berat untuk Lynna tanggung tapi Nick pasti ada hikmah disebalik semua ini. Lynna orang yang tabah Nick tahu.”
“semangat Lynna sudah hilang Nick.”
“Lynna tidak boleh seperti ini kerana ini bukan Lynna yang Nick kenal. Lynna yang Nick kenal seorang yang sangat-sangat tabah.”
Waktu terus berjalan tidak akan berputar kembali ke masa lalu. Aku pasrah dengan semua ini walaupun hatiku sedih tapi aku menerimanya dengan hati yang ikhlas. Ryan ada di mana sekarang? Aku sangat rindukan senyuman dan dirimu. Aku berdoa agar suatu hari nanti Ryan tahu bahawa aku tidak pernah mempermainkan perasaan dia dan aku merasa sedih dengan perpisahan yang terjadi.
Airmataku jatuh membasahi pipiku tanpa aku sedari. Mengapa semua ini terjadi kepadaku dan Ryan. Mengapa Ryan bersikap terburu-buru ketika itu. Hatiku sakit sangat-sangat kerana selama ini aku cuba untuk bersabar dan tetap mempercayai Ryan walaupun Ryan mengakui hatinya jatuh hati terhadap orang lain ketika berjauhan.  Ryan tidak pernah memahami perasaanku ini betapa sakitnya mempercayai orang yang tidak pernah mempercayai diri ini.
“Lynna, kenapa sedih ni?” soal Lisa
“Lisa, Lynna doakan Lisa dan Nick sentiasa bahagia”
“kenapa ni Lynna? Lynna tidak perlu risau Nick janji tidak akan mensia-siakan Lisa.” Kata Nick.
“Nick jangan sekadar janji saja tau.” Kataku
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah semakin hampir tiba aku menghabiskan masaku yang terluang untuk pergi ke perpustakaan. Aku ingin mendapat keputusan yang cemerlang. Petang baru aku balik ke rumah.
“Jangan terlalu tengok buku Lynna nanti terlebih pandai.” Kata Lina
“Apa salahnya.” Kataku sambil tersenyum
“Taulah Lynna tu pandai bukan macam Lina ni”
“Jangan cakap macam tu. Harap-harap kita dapat keputusan yang cemerlang.”
Siang berganti malam akhirnya tibalah masa yang mendebarkan buat aku iaitu Perperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Berbekalkan ilmu yang ada di dada aku menghadapinya dengan tenang dan dengan penuh keyakinan. Nasihat mama yang terakhir selalu berada dalam ingatanku. Mengapa mama pergi begitu cepat sekali sementara aku belum lagi sedia untuk menghadapinya.
Selesai saja Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Untuk paper yang terakhir aku terus pulang ke rumah sementara orang lain sibuk bercerita. Tiba-tiba ada seseorang menegurku dari  arah belakang aku menoleh rupa-rupanya Lisa dan Nick.
“Macam mana dapat jawab ke semua soalan?”kata Lisa.
“Dapat. Korang dua dapat jawab ke?”
“Dapat tapi last paper tu susahlah.”
“Mudah-mudahan lulus. Korang dua ni ke mana menghilang selama ni? Baru sekarang Lynna lihat.”
“Kami study sama-sama di perpustakaan Lynna tidak nampak ke?”
“Lynna tidak nampak pun.”
“Itulah asyik study hard saja sampai orang sekeliling pun Lynna tidak nampak.” Aku tersenyum.
“Ya ke? Lynna tengok juga pun orang sekeliling ni. Lepas ni korang ke mana pula?”
“Tidak tahu lagi ni. Tengoklah dulu nak ke mana.”
“Okey Lynna balik dulu ya.”
“Bye. Hati-hati.”
“ya.”
Sebulan lamanya aku bercuti kini keputusan peperiksaan penilaian menegah rendah telah pun keluar dan aku cuma mampu berdoa semoga aku lulus. Aku mengambil keputusanku. Aku terdiam melihat keputusanku dan secara tiba-tiba airmataku jatuh aku tidak menyangka aku bakal dapat keputusan seperti ini.
“Lynna, kenapa ni? Kenapa Lynna menangis?” soal Lisa tetapi aku tidak menjawab soalan Lisa.
“Kenapa ni Lynna?” soal Mandy pula.
“Tidak ada apa-apa. Lynna okey saja pun. Macam mana dengan keputusan korang?”
“Julie dapat 5A 2B.” Kata Julie
“Flavia pula dapat 4A 3B ja.” Kata Flavia
“Lee Fen dapat 6A 1C.” Kata Lee Fen
“keputusan Mandy biasa-biasa saja. 4A 2B 1C.” Kata Mandy
“Kalau Lina pula 3A 2B 2C.”kata Lina
“Lisa dapat 5A 2B dan Nick 4A 3B.” Kata Lisa
“macam mana keputusan Lynna pula?” soal Mandy
“keputusan Lynna biasa saja tidak perlulah korang tahu.” Kataku dan terus berlalu pergi tetapi aku pusing balik dan cakap.
“Korang datanglah rumah petang okey. Nanti Lynna bagi tahu. Sekarang Lynna ada hal.”kataku sambil senyum.
Selepas mengambil keputusan, aku tidak terus balik ke rumah tetapi aku pergi ke kubur mama.
“Mama, kalau mama masih ada tentu mama dapat lihat keputusan yang Lynna dapat. Lynna dapat 7A mama. Semua ini kerana mama. Lynna rindu mama.”
Airmataku jatuh tidak tertahan lagi. Hatiku sedih kerana ketika aku berjaya orang yang aku sayang tidak ada di sisiku. Mama pergi untuk selama-lamanya ketika aku masih belum sedia lagi. Aku rindu sangat-sangat dengan mama. Setelah beberapa lama aku berada di kubur mama, aku pulang ke rumah. Sesampainya aku di rumah aku melihat kawan-kawanku telah berada di ruang tamu.
“Bila lagi korang sampai ni?” soalku
“Baru saja tadi.” Kata Mandy.
“Dari mana juga ni Lynna?” soal Flavia
“Dari kubur mama.” Jawabku
“Lynna mesti rindu mama Lynna.” Kata Lina
“Ya. Kejap okey Lynna nak mandi dulu.”
“Okey” kata kawan-kawanku serentak.
Aku naik ke bilikku dan terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Hatiku masih sedih teringatkan mama. Tapi aku kena pasrah kerana semua ini adalah dugaan hidup. Aku kena tabah menghadapi semua ini. Mama akan lebih sedih kalau aku terus-terus seperti ini. Hidup kena teruskan. Setelah selesai membersihkan diri aku turun ke bawah untuk bercerita dengan kawan-kawanku.
“wangi sudah kawan kita yang seorang ini.” Kata Lee Fen.
“Ya betul tu.” Kata Julie pula
“Sudah-sudahlah korang ni nak kenakan Lynna ya?”
“Tidaklah terasa ke?” Kata Julie pula.
“Tidak terasa pun.”
“Lambat juga dia sampai ni.” Kata Mandy tiba-tiba.
“Siapa yang lambat ni? Semua ada di sini pun ni tiada yang kurang.” kataku.
“Masih ada yang kurang Lynna. Adalah tu someone.” Kata Lina.
Tiba-tiba aku terdengar seperti ada seseorang di luar. Mak cik Laila membuka pintu dan muncul seseorang yang amat aku kenali. Aku terdiam melihat lantai. Insan yang amat aku rindui kini ada di depan mataku.
how are you Lynna?” soal Ryan.
“Seperti yang Ryan tengok. Lynna sihat saja. Ryan pula apa khabar?”
“Baik saja. Korang semua pula apa khabar?” soal Ryan kepada kawan-kawanku.
“Baik.” Jawab mereka.
“Lambat juga sampai.” Soal Mandy.
“Ada masalah kereta yang Ryan naik.” Jawab Ryan
Aku hanya terdiam saja kerana sudah hilang kata-kata setelah melihat Ryan. Aku tidak tahu lagi apa yang harus aku katakan. Mulutku bagaikan terkunci. Tiba-tiba Lisa bersuara.
“Ehem. Kenapa semua terdiam ini?”
“Kamu yang tidak mahu bercakapkan.” Kataku.
“ya ke atau Lynna yang tidak mahu bercakap ni.” Kata mandy pula.
“Malam ni korang tidur sini okey. Lagipun papa pergi ke luar negara kerana ada urusan katanya. Anne pula pergi ke tempat aunty.”
“Ya kami memang nak tidur sini pun.” Kata Lee Fen
“Ryan pun tidur sini.” Kata Mandy
“Eh! Tidaklah Ryan boleh cari hotel untuk tidur.”
“Buang duti saja Ryan ni. Rumah ni ada banyak bilik juga pun.” kataku

Aku gembira kerana malam ini aku dapat berkumpul dengan kawan-kawan aku. Selesai saja makan malam semua kawan aku ke ruang tamu untuk menonton televisyen dan berbual-bual dengan mak cik Laila. Aku pula ke luar rumah duduk seorang diri.
“Kenapa Lynna kat sini pula?” tanya Ryan yang tiba-tiba muncul tanpa aku sedari.
“Tidak ada apa-apa Ryan saja nak ambil angin di luar ni.”
“Ryan tengok Lynna mengelamun tadi ingatkan boyfriend ke tu?”
“Ada-ada saja Ryan ni. Mana ada.”
“Betul ke apa yang Ryan cakap.”
“Tidaklah mana Lynna ada boyfriend.
“Betul ke ni?”
“Ya tidak ada. Malaslah nak fikirkan semua itu.”
“Lynna masih marahkan Ryan lagi ke?”
“Nak marah kenapa pula?”
“Tentang hal dulu.”
“Tidaklah hal sudah lalu pun buat apa nak marah pula.”
“Ryan nak minta maaf.”
“Ryan tidak ada salah pun kenapa nak minta maaf pula?”
“Apa pun Ryan minta maaf juga Lynna.”
“Ya Ryan.”
“Boleh kita sambung semula?”
“Hubungan kita tidak pernah putus.”
“Ya tapi kita lupakan yang lalu dan kita mula balik dari awal.”
“Belum masanya lagi Ryan. Banyak lagi perkara yang perlu Lynna lakukan dan masih banyak lagi perkara yang belum selesai. Sekiranya ditakdirkan bersama jodoh itu takkan ke mana walau apa pun rintangan yang menghalang. Kita masih muda lagi untuk mengerti apa itu ertinya cinta. Benyak lagi yang bakal kita lalui di depan sana. Lynna tidak mahu kerana tersalah pilih diri sendiri yang akan merasa menyesal. Ryan pasti akan jumpa seseorang yang lebih baik dan lebih memahami Ryan.”
“Lynna dah banyak berubah dari dulu. Ryan faham apa yang Lynna maksudkan dan Ryan tidak akan paksa Lynna untuk terima Ryan. Tetapi Ryan akan tunggu sehingga tiba waktunya dan Lynna sedia terima Ryan.”
“Masa yang menentukan semua itu Ryan. Dunia ini sentiasa berputar tanpa henti setiap orang akan berubah dari semasa ke semasa. Pengalaman dan kesilapan yang Lynna alami mengajar Lynna.”
“Lynna kini lebih matang.”
“Ya ke? Mana ada. Biasa saja pun.”
“Malam ini malam yang indah. Banyak bintang di langit.”
“Tengok tu bintang yang paling terang.”
“Bila rindu pandanglah bintang. Carilah bintang yang paling terang itulah orang yang kamu rindui dan pejamkanlah mata kamu. Kamu akan terasa seolah-olah ia ada di sisi saat itu. Tetapi bintang tidak semestinya hari-hari ada. Ada masa ia tidak ada. Kalau rindu saat itu bukalah hati kamu dan carilah orang yang kamu rindui di dalam hati kerana ia sentiasa ada di sana. Kamu akan merasa ia ada dekat dengan kamu. Lynna pernah katakan seperti ini dulu Ryan masih ingat.”
“Rupanya Ryan masih ingat apa yang pernah Lynna katakan dulu.”
“Ya masih lagi Lynna. Ryan tidak akan lupa.”
“Kenapa pula?”
“Indah Kata-kata itu. Ryan suka kata-kata tu dan kata-kata tu buat Ryan teringatkan Lynna. Perasaan Ryan terhadap Lynna akan kekal selamanya di dalam hati Ryan. Meskipun Ryan jumpa seseorang suatu hari nanti tetapi perasaan itu akan tetap tersimpan di dalam hati.”
“Ryan, kisah kita sudah berlalu di terbangkan angin. Semua itu telah berlalu tidak ada yang perlu di kesalkan lagi. Biarlah semua itu abadi Ryan. Kita tutup buku yang lama dan kita buka buku yang baru. Yang lalu biarkan saja berlalu kerana masa tidak akan boleh di ulang lagi.”
Ryan hanya mendiamkan diri saja tidak bercakap sepatah kata pun. Tidak mudah untuk aku terima Ryan kembali dalam hidup aku. Memang aku sangat rindukan Ryan tetapi untuk terima Ryan kembali memerlukan masa yang lama. Aku ingin capai cita-citaku dulu barulah fikirkan soal hati.
“Okeylah Ryan sudah jam berapa ni Lynna sudah mengantuk pun mahu masuk tidur dulu. Ryan belum mahu masuk rumah ke? Sejuk ni di luar nanti sakit pula masuk angin.”
“Lynna pergilah tidur kalau Lynna mengantuk sudah Ryan masih ingin menghirup udara malam. Masih ingin tengok bintang di langit sana. Langit indah dengan adanya bintang menghiasi. Good night Lynna. Mimpi indah.”
“Ya good night Ryan. Masuk dulu.”

Takdir Berkata Begitu


Cinta hadir
 Tanpa di duga
   Datang tanpa di undang
     Pergi secara tiba-tiba

Malam yang suram tanpa bintang seperti mengerti perasaanku saat ini. Termenung aku sendiri di tepi jendela bilikku fikiranku melayang-layang. Mengapa kau hadir saat diri ini sudah mulai melupakan dirimu? Aku tidak memahami semua ini adakah ini yang dinamakan takdir. Hadirmu tanpa aku sangka dan hadirnya dirimu kembali membuatkan aku mengingati kenangan yag lalu. Aku menjadi bingung dengan semua ini namun kehadiranmu telah mengubah segalanya. Kesedihan yang aku rasakan kini terubat.Engkau hadir ketika hati ini telah dikecewakan oleh insan lain dan hati ini mulai melupakan dirimu. Perasaanku terhadapmu yang telah layu kini kembali subur kerana kehadiranmu. Engkau kini lebih matang dan sudah banyak berubah. Adakah hatimu seperti dahulu atau telah berubah aku tidak pasti. Aku harap hatimu masih seperti dahulu kerana hatiku masih seperti dahulu. Namun aku tahu jarak antara kita tentu telah mengubah segala-galanya.

            Aku tersenyum sambil menutup diariku ketika aku masih  berada di bangku sekolah lagi iaitu ketika aku berada di tingkatan 3. Aku seolah-olah tidak percaya aku yang menulis diari itu. Semua itu hanyalah cinta monyet sahaja dan ia sememangnya tidak kekal. Banyak yang aku telah pelajari ketika di bangku sekolah erti persahabatan, cinta, menyakiti, disakiti, kejujuran dan macam-macam lagi. Aku melihat bintang di langit fikiranku melayang mengingati zaman persekolahanku.
            “Lynna aku tengok kebelakangan ini Lynna ceria saja ada berita yang gembira ke ni? Kalau ada kongsilah dengan kami bukan simpan seorang-seorang saja.” Kata Julie
            “Tak ada apa-apalah Julie Cuma Lynna rasa lebih tenang dan bebas dari belenggu masalah.”
            “Apa juga masalah yang Lynna hadapi ini?”
            “Adalah tu soal hati.. hehe. Kebelakangan ini Julie asyik guna perkataan ‘aku’ saja. Kenapa tiba-tiba guna perkataan ‘aku’ ni?
            “Test power Lynna manalah tahu sesuai. Boleh juga Julie guna bila jumpa dengan kenalan chat Julie.”
            “Julie... Julie tidak habis-habis dengan kenalan chat saja tidak bosan ke? Sudahlah muka orang yang Julie chat itu tidak pernah Julie nampak.”
            “Hai Lynna... siapa kata Julie tidak pernah  nampak muka kenalan chat dia ni. Sudah pernah nampak pun.” Kata Flavia yang tiba-tiba muncul
            “Bila masa pula Flavia sampai ni? Tak perasan pun.. Tiba-tiba saja muncul”
            “Memang pun Lynna tidak perasan kerana dah seronok sangat bersambang tu sampai Flavia ada di sebelah pun tidak sedar.”
            “Dah habis date ke dengan buah hati siapa nama tu? Mr. Prefect. Macam mana hasilnya?”
“Mimpi apa malam tadi ni? Nama dia Guan Hin bukan Mr. Prefect”
“ Mimpi terbang ke bulan.. Tapi Flavia bukan ke dia tu pengawas samalah juga prefect itu ertinya pengawas.”
“Terpulang tapi nama dia Guan Hin okey!”
“Aiks! marah nampak”
“Macam tidak tau perangai Lynna ni macam mana. Merajuk pula Flavia ni sudahlah tu” kata Julie dan Flavia membalas
“Bukan merajuklah Julie.. Just nak main-main saja.. hehe”
Aku dan Julie pun ketawa kerana Flavia memang tidak suka aku memanggil Guan Hin dengan panggilan Mr. Prefect. Sedang asyik aku dan Julie ketawa tiba-tiba namaku di sebut oleh seorang pengawas perempuan.
“Saya ingin memanggil Lynna Irene kerana dia diminta untuk ke bilik guru sekarang juga oleh cikgu Kamal.”
Aku tertanya-tanya mengapa aku di panggil ke bilik guru. Adakah ada apa-apa masalah? Kerana setiap kali ada masalah tentu cikgu Kamal memanggilku. Tetapi tidak mungkinlah ada masalah. Sesampai saja aku di meja cikgu Kamal, aku terus bertanya.
“Ada apa cikgu memanggil Lynna?
“Tadi ayah Lynna ada telefon cikgu katanya ibu Lynna kini berada di hospital dan Lynna diminta ke sana sekarang juga.”
Jantungku berdenyut kencang dugaanku tepat. Entah-entah penyakit mama menyerang lagi.
“Tetapi sekarang masih waktu persekolahan macam mana Lynna mahu keluar?”
“Tidak apa cikgu sudah bagitau guru yang bertugas.”
“Baiklah saya pergi sekarang. Terima kasih cikgu.”
“Biar cikgu hantar.”
“Terima kasih cikgu”
“Ya sama-sama.”
Aku berlari ke kelas untuk mengambil buku dan begku. Setelah aku mengambil buku dan bagku,aku terus berlalu pergi tanpa menjawab soalan bertubi-tubi dari Flavia. Sesampainya aku di hospital aku mengucapkan terima kasih kepada cikgu Kamal dan terus berlalu pergi ke kuanter untuk menanyakan mama ditempatkan di bilik mana. Setelah aku tahu mama ditempatkan di bilik berapa, aku terus ke bilik tersebut.
“Kenapa dengan mama?”
“Mama tidak apa-apa Cuma pening saja sayang. Lynna ikut siapa ke hospital?
“Cikgu Kamal”
Sudah dua hari aku tidak ke sekolah kerana menjaga mama di hospital. Aku sangat-sangat risau dengan keadaan mama.
“Lynna pergi ke sekolah besok ya. Mama tidak apa-apa juga lagipun papa ada di sini juga pun.”
“Mana boleh. Lynna tetap nak jaga mama juga sampai mama sembuh.”
“Lynna kena pergi sekolah juga nanti Lynna ketinggalan pelajaran.”
“Itu mama tidak perlu risau sudah Lynna uruskan. Nanti Julie, Flavia, Lee Fan, Mandy, Lina dan Lisa akan ke rumah untuk study bersama-sama Lynna. Bukan Lynna tidak hantar juga kerja sekolah. Mama rehatlah doctor cakap mama mesti banyak rehatkan”
Kini sudah hampir seminggu aku tidak ke sekolah kerana ingin menjaga mama. Tidak sampai hati aku tinggalkan mama. Aku ke tandas dan apabila aku keluar tidak sengaja aku terdengar perbualan mama dan papa.
“Lynna mengharap betul mama cepat sembuh. Padahal penyakit mama sudah tidak mungkin akan sembuh lagi papa.”
“Mama jangan cakap begitu pasti mama akan sembuh juga. Itu hanya ramalan doctor saja kita berdoa saja pada yang mahakuasa.”
Aku tidak menyangka mama tidak mungkin sembuh lagi. Airmataku mula jatuh. Aku tidak sanggup kehilangan mama dalam waktu terdekat ini.  Cepat-cepat aku masuk balik ke dalam tandas dan mencuci muka agar mama dan papa tidak perasan aku menangis. Setelah selesai aku keluar.
Aku ke sekolah seperti biasa pada keesokannya. Di sekolah aku cuba senyum tetapi tidak mampu kerana hatiku sangat-sangat sedih. Masih bermain di minda perbualan mama dan papa semalam. Mengapa hidup ini terlalu sukar untuk di jalani terlalu banyak dugaan dan onak duri.
“kenapa duduk seorang-seorang saja di sini?” soal Nick
“Tidak ada apa-apa Nick”
“Tidak ikut berlatih hoki ke? Semua kawan-kawan Lynna tengah berlatih tu.”
“Lynna tidak ada mood Nick”
“Lynna ada masalah ke ni?”
“Tidak ada apa-apa cuma teringat mama di hospital.”
“Mama Lynna belum sembuh ke? Banyakkan bersabar Lynna dan berdoa.”
“Belum lagi. Thanks Nick.”
Setiap hari selepas saja masa sekolah, aku tidak terus pulang tetapi aku ke perpustakaan dulu untuk ulangkaji dan buat kerja rumah. Selepas itu aku ke hospital melawat mama.
“Macam mana sudah mama rasa sekarang?”
“Mama rasa sihat sudah”
“Bila mama boleh keluar dari hospital?”
“Mungkin 10hb ini”
“Kejap lagi tu”
“Ya kejap lagi. Kenapa setiap kali Lynna datang melawat mama mesti Lynna masih pakai baju sekolah lagi”
“Lynna dari perpustakaan terus datang ke sini mama”
“Tidak penat ke?”
“Tidak penat pun lagi pun ada yang hantar.”
“Siapa pula ni? Tidak kenalkan dengan mama pun.”
Boyfriend Lynna. Suatu hari nanti mama kenal juga tu.” Kataku sambil senyum-senyum.
“Lynna ada boyfriend sudah ke?”
“Mana ada Lynna gurau saja pun.”
“Kalau ada pun tidak salah.”
“Buat masa ini Lynna nak belajar dulu bila sudah capai cita-cita barulah Lynna fikir semua itu.”
“Anak mama ini memang mementingkan pelajaran.”
“Mestilah anak siapa juga.”
Mama hanya tersenyum melihat aku bergurau. Aku tahu di sebalik senyuman mama tersimpan seribu kesakitan, kesedihan dan macam-macam lagi yang mama tidak mahu aku dan adikku Anne lihat. Tetapi aku tahu semuanya.

Tuesday, October 18, 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan
...
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Sunday, October 16, 2011

She Said


Sang bayu sampaikan padanya tentang rasa rinduku padanya.. burung-burung mengalunkan melodi indah.. awan seperti tersenyum melihat kisah kita.. hidup ini yang penuh misteri yang tidak dapat di tafsir oleh pemikiran sesiapa pun.. terdiam aku di sini sendiri.. di sudut ini.. berfikir dan terus berfikir di manakah penghujung semua ini.. cerita kita ini.. mungkin ia perlu di biarkan berlalu begitu saja di bawa angin bayu terbang jauh dari sisi hidup ini.. biarkanlah aku sendiri.. meski aku ingin dia menemani, namun itu adalah perkara yang mustahil.. aku tidak dapat menduga masa akan datang... kerana aku hanyalah manusia biasa..

Sepi

Aku terbangun dalam kesunyian malam Hati terasa sakit melihat sekeliling Ada sesuatu yang telah hilang Aku rindu sosok kecil itu lagi Kuatka...