Wednesday, October 19, 2011

Takdir Berkata Begitu ~sambungan 1~

Setiap hari aku berdoa agar mama cepat sembuh agar dapat bersama-sama bergurau senda seperti dulu sewaktu mama masih sihat lagi. Aku tidak sanggup lagi tengok mama seperti itu terpaksa menanggung rasa sakit. Aku sedih tengok mama begitu aku mahu mama kembali sihat seperti dulu. Kalau boleh biarlah aku yang tanggung sakit mama itu. Biarlah aku yang merasa sakit. Kenapalah cobaan yang di berikan ini terlalu berat aku tidak sanggup lagi menanggung semua ini.
“Lynna kena tabah menghadapi semua ini. Nick tahu ia terlalu berat untuk Lynna tanggung tapi Nick pasti ada hikmah disebalik semua ini. Lynna orang yang tabah Nick tahu.”
“semangat Lynna sudah hilang Nick.”
“Lynna tidak boleh seperti ini kerana ini bukan Lynna yang Nick kenal. Lynna yang Nick kenal seorang yang sangat-sangat tabah.”
Waktu terus berjalan tidak akan berputar kembali ke masa lalu. Aku pasrah dengan semua ini walaupun hatiku sedih tapi aku menerimanya dengan hati yang ikhlas. Ryan ada di mana sekarang? Aku sangat rindukan senyuman dan dirimu. Aku berdoa agar suatu hari nanti Ryan tahu bahawa aku tidak pernah mempermainkan perasaan dia dan aku merasa sedih dengan perpisahan yang terjadi.
Airmataku jatuh membasahi pipiku tanpa aku sedari. Mengapa semua ini terjadi kepadaku dan Ryan. Mengapa Ryan bersikap terburu-buru ketika itu. Hatiku sakit sangat-sangat kerana selama ini aku cuba untuk bersabar dan tetap mempercayai Ryan walaupun Ryan mengakui hatinya jatuh hati terhadap orang lain ketika berjauhan.  Ryan tidak pernah memahami perasaanku ini betapa sakitnya mempercayai orang yang tidak pernah mempercayai diri ini.
“Lynna, kenapa sedih ni?” soal Lisa
“Lisa, Lynna doakan Lisa dan Nick sentiasa bahagia”
“kenapa ni Lynna? Lynna tidak perlu risau Nick janji tidak akan mensia-siakan Lisa.” Kata Nick.
“Nick jangan sekadar janji saja tau.” Kataku
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah semakin hampir tiba aku menghabiskan masaku yang terluang untuk pergi ke perpustakaan. Aku ingin mendapat keputusan yang cemerlang. Petang baru aku balik ke rumah.
“Jangan terlalu tengok buku Lynna nanti terlebih pandai.” Kata Lina
“Apa salahnya.” Kataku sambil tersenyum
“Taulah Lynna tu pandai bukan macam Lina ni”
“Jangan cakap macam tu. Harap-harap kita dapat keputusan yang cemerlang.”
Siang berganti malam akhirnya tibalah masa yang mendebarkan buat aku iaitu Perperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Berbekalkan ilmu yang ada di dada aku menghadapinya dengan tenang dan dengan penuh keyakinan. Nasihat mama yang terakhir selalu berada dalam ingatanku. Mengapa mama pergi begitu cepat sekali sementara aku belum lagi sedia untuk menghadapinya.
Selesai saja Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Untuk paper yang terakhir aku terus pulang ke rumah sementara orang lain sibuk bercerita. Tiba-tiba ada seseorang menegurku dari  arah belakang aku menoleh rupa-rupanya Lisa dan Nick.
“Macam mana dapat jawab ke semua soalan?”kata Lisa.
“Dapat. Korang dua dapat jawab ke?”
“Dapat tapi last paper tu susahlah.”
“Mudah-mudahan lulus. Korang dua ni ke mana menghilang selama ni? Baru sekarang Lynna lihat.”
“Kami study sama-sama di perpustakaan Lynna tidak nampak ke?”
“Lynna tidak nampak pun.”
“Itulah asyik study hard saja sampai orang sekeliling pun Lynna tidak nampak.” Aku tersenyum.
“Ya ke? Lynna tengok juga pun orang sekeliling ni. Lepas ni korang ke mana pula?”
“Tidak tahu lagi ni. Tengoklah dulu nak ke mana.”
“Okey Lynna balik dulu ya.”
“Bye. Hati-hati.”
“ya.”
Sebulan lamanya aku bercuti kini keputusan peperiksaan penilaian menegah rendah telah pun keluar dan aku cuma mampu berdoa semoga aku lulus. Aku mengambil keputusanku. Aku terdiam melihat keputusanku dan secara tiba-tiba airmataku jatuh aku tidak menyangka aku bakal dapat keputusan seperti ini.
“Lynna, kenapa ni? Kenapa Lynna menangis?” soal Lisa tetapi aku tidak menjawab soalan Lisa.
“Kenapa ni Lynna?” soal Mandy pula.
“Tidak ada apa-apa. Lynna okey saja pun. Macam mana dengan keputusan korang?”
“Julie dapat 5A 2B.” Kata Julie
“Flavia pula dapat 4A 3B ja.” Kata Flavia
“Lee Fen dapat 6A 1C.” Kata Lee Fen
“keputusan Mandy biasa-biasa saja. 4A 2B 1C.” Kata Mandy
“Kalau Lina pula 3A 2B 2C.”kata Lina
“Lisa dapat 5A 2B dan Nick 4A 3B.” Kata Lisa
“macam mana keputusan Lynna pula?” soal Mandy
“keputusan Lynna biasa saja tidak perlulah korang tahu.” Kataku dan terus berlalu pergi tetapi aku pusing balik dan cakap.
“Korang datanglah rumah petang okey. Nanti Lynna bagi tahu. Sekarang Lynna ada hal.”kataku sambil senyum.
Selepas mengambil keputusan, aku tidak terus balik ke rumah tetapi aku pergi ke kubur mama.
“Mama, kalau mama masih ada tentu mama dapat lihat keputusan yang Lynna dapat. Lynna dapat 7A mama. Semua ini kerana mama. Lynna rindu mama.”
Airmataku jatuh tidak tertahan lagi. Hatiku sedih kerana ketika aku berjaya orang yang aku sayang tidak ada di sisiku. Mama pergi untuk selama-lamanya ketika aku masih belum sedia lagi. Aku rindu sangat-sangat dengan mama. Setelah beberapa lama aku berada di kubur mama, aku pulang ke rumah. Sesampainya aku di rumah aku melihat kawan-kawanku telah berada di ruang tamu.
“Bila lagi korang sampai ni?” soalku
“Baru saja tadi.” Kata Mandy.
“Dari mana juga ni Lynna?” soal Flavia
“Dari kubur mama.” Jawabku
“Lynna mesti rindu mama Lynna.” Kata Lina
“Ya. Kejap okey Lynna nak mandi dulu.”
“Okey” kata kawan-kawanku serentak.
Aku naik ke bilikku dan terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Hatiku masih sedih teringatkan mama. Tapi aku kena pasrah kerana semua ini adalah dugaan hidup. Aku kena tabah menghadapi semua ini. Mama akan lebih sedih kalau aku terus-terus seperti ini. Hidup kena teruskan. Setelah selesai membersihkan diri aku turun ke bawah untuk bercerita dengan kawan-kawanku.
“wangi sudah kawan kita yang seorang ini.” Kata Lee Fen.
“Ya betul tu.” Kata Julie pula
“Sudah-sudahlah korang ni nak kenakan Lynna ya?”
“Tidaklah terasa ke?” Kata Julie pula.
“Tidak terasa pun.”
“Lambat juga dia sampai ni.” Kata Mandy tiba-tiba.
“Siapa yang lambat ni? Semua ada di sini pun ni tiada yang kurang.” kataku.
“Masih ada yang kurang Lynna. Adalah tu someone.” Kata Lina.
Tiba-tiba aku terdengar seperti ada seseorang di luar. Mak cik Laila membuka pintu dan muncul seseorang yang amat aku kenali. Aku terdiam melihat lantai. Insan yang amat aku rindui kini ada di depan mataku.
how are you Lynna?” soal Ryan.
“Seperti yang Ryan tengok. Lynna sihat saja. Ryan pula apa khabar?”
“Baik saja. Korang semua pula apa khabar?” soal Ryan kepada kawan-kawanku.
“Baik.” Jawab mereka.
“Lambat juga sampai.” Soal Mandy.
“Ada masalah kereta yang Ryan naik.” Jawab Ryan
Aku hanya terdiam saja kerana sudah hilang kata-kata setelah melihat Ryan. Aku tidak tahu lagi apa yang harus aku katakan. Mulutku bagaikan terkunci. Tiba-tiba Lisa bersuara.
“Ehem. Kenapa semua terdiam ini?”
“Kamu yang tidak mahu bercakapkan.” Kataku.
“ya ke atau Lynna yang tidak mahu bercakap ni.” Kata mandy pula.
“Malam ni korang tidur sini okey. Lagipun papa pergi ke luar negara kerana ada urusan katanya. Anne pula pergi ke tempat aunty.”
“Ya kami memang nak tidur sini pun.” Kata Lee Fen
“Ryan pun tidur sini.” Kata Mandy
“Eh! Tidaklah Ryan boleh cari hotel untuk tidur.”
“Buang duti saja Ryan ni. Rumah ni ada banyak bilik juga pun.” kataku

Aku gembira kerana malam ini aku dapat berkumpul dengan kawan-kawan aku. Selesai saja makan malam semua kawan aku ke ruang tamu untuk menonton televisyen dan berbual-bual dengan mak cik Laila. Aku pula ke luar rumah duduk seorang diri.
“Kenapa Lynna kat sini pula?” tanya Ryan yang tiba-tiba muncul tanpa aku sedari.
“Tidak ada apa-apa Ryan saja nak ambil angin di luar ni.”
“Ryan tengok Lynna mengelamun tadi ingatkan boyfriend ke tu?”
“Ada-ada saja Ryan ni. Mana ada.”
“Betul ke apa yang Ryan cakap.”
“Tidaklah mana Lynna ada boyfriend.
“Betul ke ni?”
“Ya tidak ada. Malaslah nak fikirkan semua itu.”
“Lynna masih marahkan Ryan lagi ke?”
“Nak marah kenapa pula?”
“Tentang hal dulu.”
“Tidaklah hal sudah lalu pun buat apa nak marah pula.”
“Ryan nak minta maaf.”
“Ryan tidak ada salah pun kenapa nak minta maaf pula?”
“Apa pun Ryan minta maaf juga Lynna.”
“Ya Ryan.”
“Boleh kita sambung semula?”
“Hubungan kita tidak pernah putus.”
“Ya tapi kita lupakan yang lalu dan kita mula balik dari awal.”
“Belum masanya lagi Ryan. Banyak lagi perkara yang perlu Lynna lakukan dan masih banyak lagi perkara yang belum selesai. Sekiranya ditakdirkan bersama jodoh itu takkan ke mana walau apa pun rintangan yang menghalang. Kita masih muda lagi untuk mengerti apa itu ertinya cinta. Benyak lagi yang bakal kita lalui di depan sana. Lynna tidak mahu kerana tersalah pilih diri sendiri yang akan merasa menyesal. Ryan pasti akan jumpa seseorang yang lebih baik dan lebih memahami Ryan.”
“Lynna dah banyak berubah dari dulu. Ryan faham apa yang Lynna maksudkan dan Ryan tidak akan paksa Lynna untuk terima Ryan. Tetapi Ryan akan tunggu sehingga tiba waktunya dan Lynna sedia terima Ryan.”
“Masa yang menentukan semua itu Ryan. Dunia ini sentiasa berputar tanpa henti setiap orang akan berubah dari semasa ke semasa. Pengalaman dan kesilapan yang Lynna alami mengajar Lynna.”
“Lynna kini lebih matang.”
“Ya ke? Mana ada. Biasa saja pun.”
“Malam ini malam yang indah. Banyak bintang di langit.”
“Tengok tu bintang yang paling terang.”
“Bila rindu pandanglah bintang. Carilah bintang yang paling terang itulah orang yang kamu rindui dan pejamkanlah mata kamu. Kamu akan terasa seolah-olah ia ada di sisi saat itu. Tetapi bintang tidak semestinya hari-hari ada. Ada masa ia tidak ada. Kalau rindu saat itu bukalah hati kamu dan carilah orang yang kamu rindui di dalam hati kerana ia sentiasa ada di sana. Kamu akan merasa ia ada dekat dengan kamu. Lynna pernah katakan seperti ini dulu Ryan masih ingat.”
“Rupanya Ryan masih ingat apa yang pernah Lynna katakan dulu.”
“Ya masih lagi Lynna. Ryan tidak akan lupa.”
“Kenapa pula?”
“Indah Kata-kata itu. Ryan suka kata-kata tu dan kata-kata tu buat Ryan teringatkan Lynna. Perasaan Ryan terhadap Lynna akan kekal selamanya di dalam hati Ryan. Meskipun Ryan jumpa seseorang suatu hari nanti tetapi perasaan itu akan tetap tersimpan di dalam hati.”
“Ryan, kisah kita sudah berlalu di terbangkan angin. Semua itu telah berlalu tidak ada yang perlu di kesalkan lagi. Biarlah semua itu abadi Ryan. Kita tutup buku yang lama dan kita buka buku yang baru. Yang lalu biarkan saja berlalu kerana masa tidak akan boleh di ulang lagi.”
Ryan hanya mendiamkan diri saja tidak bercakap sepatah kata pun. Tidak mudah untuk aku terima Ryan kembali dalam hidup aku. Memang aku sangat rindukan Ryan tetapi untuk terima Ryan kembali memerlukan masa yang lama. Aku ingin capai cita-citaku dulu barulah fikirkan soal hati.
“Okeylah Ryan sudah jam berapa ni Lynna sudah mengantuk pun mahu masuk tidur dulu. Ryan belum mahu masuk rumah ke? Sejuk ni di luar nanti sakit pula masuk angin.”
“Lynna pergilah tidur kalau Lynna mengantuk sudah Ryan masih ingin menghirup udara malam. Masih ingin tengok bintang di langit sana. Langit indah dengan adanya bintang menghiasi. Good night Lynna. Mimpi indah.”
“Ya good night Ryan. Masuk dulu.”

No comments:

Sepi

Aku terbangun dalam kesunyian malam Hati terasa sakit melihat sekeliling Ada sesuatu yang telah hilang Aku rindu sosok kecil itu lagi Kuatka...