Saturday, May 5, 2012

Hati ini menangis lagi

cinta itu menyakitkan bila tidak ada kejujuran..
cinta itu terasa pahit jika tidak ada keikhlasan..
cinta itu boleh menjadi jarum juga boleh menjadi ubat..
hati manusia siapa tahu?
hati saya hanya Dia Yang Di Atas saja tahu..
walau sakit berusaha tabahkan hati..
mengukir senyuman menutup tangisan..
orang tidak pernah cukup dengan apa yang di miliki..
meski telah ada insan yang menyayangi di depan namun hati masih inginkan yang lain..
hati ini juga insan biasa bisa terluka jika di lukai..
bisa sakit jika di sakiti..
tapi mengapa hati ini masih ingin bertahan walaupun sering terluka?
mengapa hati ini tidak bisa menarik diri walaupun telah di pandang rendah?
mengapa hati ini masih ingin meneruskan walaupun sememangnya telah di duakan?
mengapa masih mempertahakan cinta yang penuh dengan pembohongan?
hati ini sendiri tidak tahu..
hati ini belum bersedia menghadapi perpisahan..
hati ini masih ingin di cintai dan mencintai..
kerana cinta hati ini bertahan..
kerana cinta hati ini terus ingin berharap..
kerana cinta sanggup menghadapi cinta yang di duakan..
tapi.. kerana cinta juga hati ini sering menangis..
kerana cinta juga hati ini sering makan hati..
kerana cinta juga hati ini sering termenung jauh..
namun sampai bilakan hati ini dapat bertahan?
sekuat mana pun hati ini ingin terus bertahan namun akhirnya tiba masa hati ini pasti akan lemah juga..
akhirnya cinta di lepaskan..
merelakan cinta berbahagia..
walaupun hati ini menangis..
walaupun hati ini terluka..

Thursday, May 3, 2012

Hard to say

tengok sekeliling kawan-kawan sudah tidur.. saya lagi masih menghadap laptop.. banyak sangat bermain dalam fikiran.. mau buat assignment mood pun hilang sudah.. memikirkan sahabat saya.. angin sampaikan pada dia yang berada jauh di sana agar tabah menghadapi apa pun rintangan hidup.. katakan juga kepada dia bahawa saya akan sentiasa ada di sini mendengarkan dia.. juga boleh pinjamkan bahu untuk dia meletakkan kepala seketika.. sedih dia sedih saya juga.. sembuhkanlah hati dia yang sakit.. semoga dia mendapat kegembiraan dalam hidup dia dan menemukan cinta sejati dia.. tanpa gurauan dia, saya merasakan ada sesuatu yang hilang.. terasa sepi.. tanpa dia tidak ada orang yang akan menyakat saya.. tanpa dia senyuman saya terasa tawar.. saya betul-betul kehilangan dia.. tapi tiada apa yang mampu saya lakukan di sini.. hanya doa di hati ini yang akan mengiringi hari-hari dia.. sahabat kecil saya.. seorang yang suka senyum kini bertukar menjadi muram.. seorang yang suka menyakat kini menjadi pendiam.. seorang yang macoh kini hilang entah ke mana.. seorang sahabat yang saya pendam rasa kini sedang bersedih kerana seorang yang dia sayangi.. kita tidak pernah tahu masa depan.. semua itu bukan tahap kita.. apa pun yang berlaku saya sentiasa sayangkan dia.. mungkin tidak akan dapat sayang dia lebih dari sahabat tapi bersyukur masih boleh berada di sisi dia dan lihat dia tersenyum juga gembira..

Sepi

Aku terbangun dalam kesunyian malam Hati terasa sakit melihat sekeliling Ada sesuatu yang telah hilang Aku rindu sosok kecil itu lagi Kuatka...