Friday, January 27, 2012

Takdir Berkata Begitu ~sambungan 5~


Aku duduk di tempat biasa di bawah sepohon pokok dan di hadapannya sebuah tasik yang luas. Fikaranku melayang-layang memikirkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Banyak benda menganggu fikiranku kebelakangan ini mungkin juga disebabkan assignment yang di berikan prof. Aku melihat jam yang berada di pergelangan tanganku telah lewat sepuluh minit aku menunggu Danny. Tiba-tiba ada seseorang meneguku.
“ Dah lama ke Irene tunggu Danny?”
“ Tak adalah baru saja”
Sorry I’m late. Jumpa prof lagi tadi”
It’s ok. Ada apa hal Danny nak jumpa Lynna ni?”
I want to say sorry about yesterday. Danny tidak mahu kerana kata-kata Danny kelmarin Irene menjauhkan diri dari Danny.” Aku senyum
“ Lynna tetap ada dekat sinikan? Lynna tidak menjauhkan diri jugakan? Sudahlah tidak payah lagi Danny ingat tu. Tapi janji jangan lagi cakap hal tu ok.”
“Ok Danny janji”
Aku dan Danny pun ketawa bersama-sama. Dalam hatiku bersyukur mempunyai sahabat seperti Danny yang cukup memahamiku. Walaupun aku rapat dengan Danny tapi aku hanya menganggap Danny sebatas teman saja tidak lebih dari itu. Perkenalan antara aku dan Danny telah hampir setahun. Saat aku amat memerlukan seseorang untuk mendengar aku pasti Danny berada di sisiku tepat pada masanya tidak kira saat aku sedih atau gembira. Namun kemesraan antara aku dan Danny di salah tafsir oleh kawan-kawanku dan menyebabkan sesetengah pihak merasa tidak puah hati denganku.
“ Aku nak kau jauhkan diri kau daripada Danny! Danny itu milik aku faham!” Azza yang datang dari mana tiba-tiba memberiku amaran.
“ Antara saya dan Danny hanya sebatas teman tidak lebih dari itu”
“ Sebatas teman konon. Hei! Aku nak kau jauhkan diri daripada Danny. Kau ingat Danny nak ke perempuan macam kau ini? Kau bukan test Danny.”
“ Hei Azza! Kau siapa nak suruh Lynna jauhkan diri dari Danny?” tiba-tiba Ezlin bersuara.
“ Aku bukan bercakap dengan kau faham!”
“ suka hati aku lah nak bercakap!”
“ Berani kau dengan aku ya. Kau tidak kenal ke siapa aku?”
“ Berani kerana benar Azza. Aku tak kisahlah kau siapa anak Datuk ke, orang kenamaan ke, Menteri ke aku tak takut!” Azza mula angkat tangannya hendak menampar Ezlin tapi cepat-cepat aku tarik Azza berada di sisiku.
“ Sudahlah Ezlin jom kita beredar.” Kataku dan mula hendak beredar tapi tiba-tiba tanganku di tarik dengan kasar.
“ Nanti!”
“ Lepas!”
“ Ingat apa aku kata tadi”
“ Dahlah Azza kalau Azza nakkan sangat Danny tu tidak ada yang larang pun lagi pun Danny bukan milik siapa-siapa. Satu saja saya minta tolong jangan kacau saya!” hatiku sakit tapi aku tahan. Aku cuba tarik nafasku perlahan-lahan cuba bersabar lalu sku beredar.

Tidak pernah ada niatku untuk merampas siapa-siapa atau ingin memiliki milik orang namun aku di tuduh sebegitu. Hidup ini walau baik macam mana sekali pun kita dengan orang pasti akan ada juga sesetengah pihak yang tidak puas hati dengan kita kerana kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak. Begitu juga dengan apa yang aku alami apa saja yang aku lakukan pasti ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati.
“ Irene are you here?” soal Danny mengejutkan aku dari lamunan. Aku melihat Danny
“ Jauh betul Irene mengelamun sampai Danny panggil berkali-kali pun Irene tidak sedar. Apa juga yang Irene lamunkan itu?”
“ Tak ada apa-apa Danny” aku senyum
“ Kalau Irene ada apa-apa masalah just tell me okey?
I’m okey don’t worry.
Okey. Temankan Danny makan boleh? Lapar Danny tau.”
“ Ok jom.”

22 October 2010

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini kepalaku selalu saja sakit kadang-kadang menyebabkan tumpuanku terganggu. Ma, pagi tadi Lynna ada lihat Azrey bersama seorang wanita kata orang wanita itu teman wanitanya nampaknya dia sangat gembira. Rupanya hati dia telah dimiliki oleh orang lain. Tak apalah mungkin hanya perasaan Lynna sajakan? Hehe... Baru Lynna nak berangan ada teman lelaki sekacak Azrey tiba-tiba pula Lynna tahu Azrey dah ada teman wanita. Mama apa-apa pun doakan Lynna di sini kadang-kadang Lynna tidak dapat jalani dugaan yang di berikan ini. Lynna lemah Mama semakin hari semakin lemah.

“ Lynna buat apa tu?” soal Erra yang tiba-tiba muncul bersama-sama rakan serumahku yang lain
“ Tak ada buat apa-apa.” Aku menutup diariku
“ Kebelakangan ini Erra tengok Lynna Nampak muram saja Lynna ada masalah ke? Kalau ada apa-apa masalah share dengan kami”
“ Tak ada apa-apa masalah pun cuma penat banyak sangat tugasan yang di bagi.”
“ Lynna kalau buat kerja tu kena rehat juga ini tidak terus-terus saja. Mana tidaknya penat.”
“ Ya. Tapi masa nak hantar tugasan tu semakin hampir takut pula tidak siap nanti.”
“ Tengok tu muka Lynna pun pucat saja tidak bermaya. Sakit nanti Lynna juga yang susah tau.” Marah Ezlin. Aku hanya senyum.
“ Bukan Lynna saja yang susah tapi Danny tu pun ikut susah. Susah hati tengok buah hati dia ni sakit.” Semua kawan-kawanku ketawa,
“ Korang ni tak kenakan aku tak bolehkan?”
“ Apa kurangnya Danny tu Lynna? Nak katakan tak handsome banyak pula gadis-gadis yang tergila-gilakan dia. Nak katakan kurang pandai dapat pula dia belajar sampai tahap ini. Apa yang Lynna nak lagi?”
“ Lynna nak tumpukan perhatian dalam pelajaran itu saja.” Semua rakan serumahku terdiam.

Wednesday, January 11, 2012

Aku Relakan


          Petang yang suram di luar sana hujan sedang turun seperti dapat membaca apa yang sedang aku fikirkan dan rasakan saat ini. Bagaimana kuatnya hujan yang turun begitulah juga air mata dalam hati aku sekarang ini. Aku kuatkan diri agar air mataku tidak mampu di lihat oleh sesiapa agar mereka tidak dapat melihat bahawa aku sedang bersedih. Biarlah aku simpan rasa ini dan biarlah hanya aku seorang saja yang mengetahui betapa teruknya rasa kecewa dalam hati aku ini. Sakit sangat sakit sekali! Ternyata apa yang aku berikan tidak pernah cukup untuk memberinya bahagia.
          Tidak pernahkah sedikit saja dia memahami diriku? Tidak pernahkah dia cuba memahami mengapa aku mengatakan tidak untuk sesetengah perkara. Dia sendiri tidak ingin di desak begitu jugalah aku yang tidak ingin di desak. Aku belum sedia lagi untuk semua itu sebab itu kenapa aku tolak permintaanya. Bukan aku tidak sayang cuma aku belum bersedia untuk menghadapi hidup seperti itu. Aku belum cukup ilmu tentang semua itu bagaimana nanti hidup aku dan dia jika diri sendiri pun aku belum cukup pandai untuk jaga inikan lagi mahu jaga dua orang.
          Aku lepasakan dia bukan kerana aku tidak lagi manyayangi dirinya tapi kerana cukup menyayanginyalah aku membuat keputusan untuk melepaskan dia. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa agar dia mengecapi bahagia nanti bersama insan yang cukup memahaminya dan menyayanginya. Selagi dia bersamaku selagi itulah dia akan merasa tidak bahagia kerana banyak benda yang aku tidak mampu tunaikan untuknya. Aku tidak ingin lagi disakiti apalagi manyakiti hati dan perasaan orang lain. Cukuplah apa yang aku rasakan selama ini ia sangat-sangat sakit sekali.
          Doaku akan selalu menyertai dia semoga akan ada kebahagiaan untukku di depan sana. Biarlah dia menjadi lelaki terakhir dalam hidupku kerana aku tidak mampu lagi membuka pintu hatiku untuk orang lain. Sudah tertutup pintu hatiku untuk menerima kehadiran yang namanya lelaki. Cukup sakit aku rasakan tidak terkata dan biarlah semuanya aku anggap sebagai kawan saja. Jika ditanyakan mengapa aku masih sendiri akanku jawab ‘mungkin jodoh belum sampai’ walaupun kenyataannya pintu hatiku telah tertutup.

Tuesday, January 3, 2012

Our Memory

            Ketika itu aku duduk seorang di bawah sepohon pokok sambil memerhati sebuah kotak yang sedang aku pegang. Dalam kotak itu tersimpan banyak kenangan pahit dan manis. Bahagia yang dulunya milikku kini bukan menjadi milikku lagi. Hubungan yang di bina bertahun-tahun terlerai juga kerana salahku sendiri kerana terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan tanpa menyelidik kebenaran tentang sesuatu perkara yang di sampaikan kepadaku. Masih segar dalam ingatanku apa yang di ucapkan oleh kffy kepadaku. " apa pun yang terjadi I still love u". kerana ikutkan sangat perasaan marah aku bertindak tanpa memikirkan akibat dari perbuatanku dan tanpa memikirkan perasaan kffy ketika itu. kini hanya penyesalan yang berada dalam hatiku. Andai saja waktu itu mampu di ulang ingin ku kembali ke masa lalu di mana aku sangat bahagia bersamanya.
          Mungkin benar kata orang jika bahagia itu telah berada di depan mata kita tapi kita tidak tahu menghargainya pasti satu hari bahagia itu akan di tarik balik dari kita. Dalam kotak ini tersimpan semua surat-surat antara aku dan dia juga hadiah pemberian dari dia. semuanya aku simpan dalam kotak ini. Aku membaca satu persatu surat yang pernah di kiramkan oleh dia untukku berulang-ulang tanpa merasa jemu. Aku ingin mengimbas kembali kenangan ketika aku bersama dia.
          " Boleh Lyhea tanya sesuatu dengan Kffy?"
          " Tentu saja boleh. Lyhea nak tanya apa?"
          " Kenapa Kffy pilih Lyhea untuk berada di tempat yang istmewa dalam hati Kffy sedangkan ramai lagi wanita lain yang lebih menarik dari Lyhea?" Kffy hanya tersenyum mendengar pertanyaanku. Aku diam menunggu jawapan dari Kffy.
          " Lyhea nak tahu kenapa? sebab Lyhea ada semua ciri-cira wanita yang Kffy cari dalam diri seseorang yang Kffy tidak jumpa dalam diri wanita di luar sana. Sejak mula lagi Kffy perhatikan Lyhea tanpa Lyhea sedar. Kffy tertarik pada perwatakan Lyhea dan dari sana Kffy teringin untuk mengenali Lyhea lebih dekat lagi. Kffy menjalinkan hubungan dengan Lyhea dengan ikhlas bukan kerana rupa. Andai ada rupa yang cantik tapi hati tidak secantik rupa pun buat apa juga."
          " Boleh Kffy janji?"
          " Janji apa?"
          " Jangan tinggalkan Lyhea"
          " ya. kenpa Lyhea tanya begini?"
          " Lyhea takut satu hari nanti Kffy akan berubah hati"
         " Kffy tidak akan berubah hati percayalah"
         " Kita tidak dapat menduga apa akan berlaku di masa hadapan"
         " Lyhea cuma perlu percaya pada Kffy"

         Terasa ada air jernih mengalir di pipiku saat itu. Kenangan! semua itu hanya tinggal kenangan masa itu tidak akan mampu di ulang lagi. Aku tidak boleh terus-terus mengingat semua itu tapi aku juga manusia biasa yang punya perasaan. Tidak dapat aku nafikan ketika bersendirian kenangan lalu menjelma dalam ingatku membawa aku kembali ke masa lalu. Bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang cuma jika bukan kerana kenangan itu aku tidak akan dapat apa yang sedang aku miliki sekarang ini. Mungkin semua ini ada hikhmanya. Adakah aku berdosa mengenang kisah silam sedangkan telah ada insan lain di sisi? Tidak! semua itu hanya kenangan yang akan tinggal sebagai kenangan. Namun bahagiakah aku sekarang ini? Hanya TUHAN saja yang tahu.
          Aku punya kekasih hati namun hidupku seolah-olah aku masih sendiri. Jarang sekali aku berhubung dengan dia apa lagi bertanyakan khabar entah sakit atau sihatkah dia di sana. Hubungan jarak jauh menguji kesabaran dan juga kesetiaanku kepadanya. Memang betul kata orang saat jauh pasti akan muncul orang ketiga dalam sesebuah perhubungan itu. Saat aku jauh dari matanya muncul orang ketiga yang masuk ke dalam hidupnya. Saat aku tahu aku telah diduakan hanya TUHAN saja yang tahu betapa sakitnya hatiku lebih sakit dari di tusuk pisau. Kepercayaan yang aku berikan kepadanya hanyalah sia-sia kerana telah di salah guna. Sakit sangat sakit sekali nafasku bagai hampir berhenti saat itu tidak tertahan.
          " Siapa Abby?"
          " Bukan siapa-siapa cuma kawan"
          " kawan tapi kenapa dia panggil Zack dengan panggilan Hubby?"
          " Ok biar Zack jelaskan"
          " Cukup! Lyhea tidak mahu dengar apa-apa lagi. Zack buatlah apa yang Zack rasa betul"

         Berkali-kali telefonku berbunyi tapi aku membiarkan saja sakit hatiku di buat begitu seperti aku tidak punya perasaan langsung. Aku di tipu mentah-mentah entah berapa lama sudah aku pun tidak tahu. kalau saja kedua-duanya berada di depanku saat itu akan ku ucapakan tahniah kerana berjaya menipuku dan semoga berbahagia atas apa yang telah mereka lakukan terhadap aku. Apalah guna beribu kata maaf kalau tidak memahami maksud maaf itu? Memang senang mengucapkan kata maaf itu tapi untuk di selami maksud maaf itu payah sekali di buat. Mungkin aku kurang baik untuk dia, aku kurang memahami untuk dia. banyak kekuranganku untuk dia dan banyak benda yang buat dia tidak berpuas hati terhadapaku sehinggakan dia mencari wanita lain.
          Aku bukan wanita yang sempurna yang dapat penuhi segala yang dia inginkan dan aku juga bukan secantik bidadari untuk buat dia tidak memandang wanita lain namun aku punya cinta dan perasaan. cintaku untuknya ikhlas bukan kerana rupa, bukan juga kerana kedudukan atau apa-apa tapi aku jatuh cinta terhadapnya kerana kebaikan yang dia berikan kepadaku saat pertama aku mengenalinya. Sekali aku sayang seseorang itu pasti selamanya orang itu berada di dalam hatiku. Cintaku bukan bola, bukan juga duit mahu pun makanan yang boleh dipermainkan dan dipersendakan. Aku berharap sangat hatiku ini diperbuat daripada batu agar rasa sakit ini tidaklah terlalu aku rasai.
          Andai di takdirkan cintanya didustai satu hari nanti pasti saat itu dia akan mengerti dan rasakan sakit yang aku rasakan ini. Yang dapat aku pohon hanyalah kebahagiaannya bersama insan yang dia sayangi hingga ke akhir hayat. Biarlah aku pergi dari hidupnya untuk selama-lamanya mencari kebahagiaanku sendiri membawa cinta ini. Biar ku simpan semua kenangan antara aku dan dia di tempat yang paling dalam. walaupun sukar namun aku harus jalan juga.

          Hidupku tanpa dirinya di sisi terlalu payah untuk aku jalani, hari-hari ku penuh dengan kesuraman dan kesunyian tanpa ada orang yang bertanyakan apa yang sedang aku lakukan, aku sudah makan, i miss u. Telah terbiasa diriku dengan adanya dirinya namun kini semuanya tinggal kenangan yang menemani hari-hariku. Air mataku jatuh lagi untuk yang kesekian kalinya untuk insan yang tidak pernah menghargai perasaanku. Mengapa terlalu sukar untukku melupakan semua kenangan itu? hatiku makin terseksa hari demi hari. Merindu insan yang tidak merindui diri ini. Tetap mencintai insan yang telah menduakan dan melukakan perasaan ini.
          Dalam menjalani semua itu dan hampir aku bisa melupakan semua itu sedikit demi sedikit tanpa aku duga dan harapkan dia muncul kembali membuat luka lama berdarah kembali. Dia datang memohon maaf atas apa yang telah berlaku dan berharap bisa kembali seperti semula namun aku hanya acuh tak acuh saja. Apakah ada kebenaran pada kata-katanya untuk kali ini? Tidak dapat aku tipu perasaanku sendiri bahawa aku masih mencintainya namun sukar untuk aku mempercayainya lagi. Biarlah semuanya itu aku serahkan pada TUHAN saja. Aku hanya menerima dia kembali namun jika memang dia bukan jodoh yang terbaik pasti akan dia temui juga jodoh untuk dirinya dan jika dia ditakdirkan untukku satu hari nanti dua hati akan di satukan juga. Aku hanya mampu berserah.

Sepi

Aku terbangun dalam kesunyian malam Hati terasa sakit melihat sekeliling Ada sesuatu yang telah hilang Aku rindu sosok kecil itu lagi Kuatka...