Wednesday, October 19, 2011

Takdir Berkata Begitu ~sambungan 4~

Malam masih muda bintang-bintang bertaburan di langit yang jauh di sana. Angin bertiup lembut ketika itu. Hidup seperti roda ada turun naiknya kadang kita di bawah kadang di atas. Hidup juga seperti lilin yang akan padam pada bila-bila masa saja. Semua perkara lalu tidak boleh diperbaiki lagi kerana telah menjadi sebuah kenangan. Andai kata aku dapat kembali ke masa yang lalu, aku ingin mengubah segalanya agar rasa menyesal, bersalah, kecewa, sakit dan semuanya tidak aku rasai sekarang ini. Tetapi waktu terus berjalan tidak akan kembali ke masa lalu lagi dan adalah sangat mustahil untuk aku berundur ke masa lalu untuk mengubah segala-galanya.
Mungkin inilah jalan yang telah di tetapkan untukku jalani. Walau apa pun aku kena jalani juga dengan penuh kesabaran dan aku perlu kuatkan hati menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka. Tiada yang mudah dalam dunia ini semua perkara perlu di lakukan dengan beribu rintangan dan pastinya tiada perkara yang mustahil jika kita mencuba. Biarkan semua perkara yang pernah terjadi di tinggalkan di belakang dan tidak perlu di fikirkan lagi kerana tidak akan dapat mengubah apa-apa juga. Apa yang perlu di fikirkan sekarang adalah perkara yang akan berlaku di depan sana dan aku kena bersedia menghadapi semua itu. Aku membuka diariku.

20 October 2010

Malam ini aku sendiri lagi tanpa ada yang menemani. Ku lihat ke luar jendela lampu-lampu neon merata-rata. Fikiranku bercelaru ketika ini memikirkan perkara yang membelenggu perasaanku ketika ini. Mama, adakah mama mendengar anak mama saat ini? Lynna rindukan mama. Lynna betul-betul perlukan mama saat ini namun apakan daya Lynna berada di sini mama jauh di sana. Ma, Lynna nak bagitau mama yang hati Lynna dah di curi oleh seseorang. “ Azrey Erlan”itulah nama lelaki yang dapat mencuri hati Lynna tapi Lynna sendiri tidak pasti akan semua ini. Lynna selalu melihat Azrey dari kejauhan saja tanpa pernah tegur. Ma, setiap kali Lynna terserempak dengan Azrey, jantung Lynna berdenyut dengan laju. Apakah semua itu? Lynna tidak mengerti. Namun Lynna rasa seperti ada sesuatu yang menarik perhatian Lynna terhadap Azrey. Lynna ingin menegur Azrey namun Lynna tidak mahu terluka dan Lynna juga tidak ingin di lukai Lynna belum sedia dengan semua itu. Jadi Lynna mengambil keputusan untuk memandam saja perasaan ini. Biarkan tidak ada siapa yang tahu tentang perasaan Lynna ini. Jika Azrey memang jodoh Lynna satu hari nanti kami pasti akan bersama. Biarkanlah masa yang menentukan segala-galanya. Mama, doakan Lynna ya agar Lynna dapat menamatkan pengajiaan Lynna di sini dan Berjaya dengan cemerlang. Lynna sayang dan rindukan mama.

Aku menutup diariku dan menyimpannya di tempat asal. Aku lihat semua teman serumahku telah tidur dengan lena. Hanya tinggal aku lagi yang masih terjaga ketika ini. Besok aku ada kuliah pagi jadi aku kena lelapkan mata juga.


Aku mendengar ceramah professor Razlmi dengan tekun sambil jari jemariku mencatat apa yang professor Razlmi sampaikan. Tekadku kali ini ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk semester ini. Aku tidak ingin seperti semester yang lalu di mana keputusanku kurang memuaskan dan pointerku jatuh. Sedang tekun aku mendengar tiba-tiba rakan sebelahku memanggilku dan memberikan satu notis. Aku membaca notis itu yang bertulis

Lepas kuliah boleh Danny jumpa Irene?
Jumpa tempat biasa okey :)

Aku menyimpan notis itu dan mendengar kembali apa yang professor sampaikan. Aku berfikir mengapa Danny ingin berjumpa denganku ada hal penting apa yang ingin Danny sampaikan. Kalau Danny ingin berbicara tentang hal semalam aku belum bersedia lagi dan sebenarnya tidak ingin berbicara tentang semua itu biarlah yang di atas yang mengatur segala-galanya. Andai benar Danny di takdirkan untukku apa pun rintangan yang menghalangi pasti aku dan Danny bersama juga. Apa yang ada dalam mindaku saat ini hanyalah  berjaya dalam apa yang aku kejar dan menjadi seseorang yang di segani satu hari nanti.
“Lynna Irene” tiba-tiba namaku di sebut. Aku terpinga-pinga melihat professor Razlmi yang sedang melihat tepat ke arahku.
“hah! Ya. Ada apa prof?” suaraku tersekat-sekat
“are you okey Lynna? Prof  tengok Lynna seperti tidak sihat dan termenung.”
“tidak ada apalah prof. Sihat saja ni.”
“kalau ada apa-apa masalah  jangan segan jumpa dan beritahu prof”
“hah! Ya prof” jawabku. Semua orang memandang ke arahku.

No comments:

Sepi

Aku terbangun dalam kesunyian malam Hati terasa sakit melihat sekeliling Ada sesuatu yang telah hilang Aku rindu sosok kecil itu lagi Kuatka...