Aku ke luar rumah duduk dekat
dengan kolam ikan yang di buat oleh ayahku atas permintaan aku. Jika di imbas
kembali pasti aku akan tersenyum mengingat begaimana cara aku memujuk ayahku
untuk membuat kolam tersebut. Kerana aku hanya ada tiga orang adik-beradik,
jadi ayah dan ibu memanjakan aku,adik lelakiku dan adik perempuanku. Aku
meminta ayah membuat kolam itu setahun lepas dan meminta agar kolam itu di buat
berhampiran bilik tidurku. Jadi jika aku hendak mengambil angin tau tenangkan
fikiran, aku akan keluar dan duduk dekat kolam tersebut.
Malam ini aku di temani oleh
bintang-bintang di langit sana dan juga angin malam yang bertiup
perlahan-lahan. Tidak ada tanda-tanda hendak hujan pun malam ini.
Perlahan-lahan aku membuka sampul surat berwarna biru berbunga-bunga itu kata
ibu surat untukku. Aku membaca isi surat tersebut.
Chaerlye..
Apa
khabar Chaerlye, uncle, aunty dan adik-adik Chaerlye di sana? Saya harap
Chaerlye sihat-sihat saja disamping keluarga tersayang. Maaflah jika kedatangan
surat ini menganggu Chaerlye dan juga secara tiba-tiba. Saya sebenarnya hendak
bertanyakan tentang perkembangan Chaerlye sahaja dan juga bertanyakan keadaan
Chaerlye. Maklumlah sudah berapa tahun kita tidak bertanya khabar
masing-masing. Saya sekarang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah university
ambil jurusan perubatan dan sekarang berada dalam semester akhir.
Baru-baru
ini saya ada balik ke kampung bersama dengan mama dan papa yala sudah agak lama
tidak balik ke kampungkan. Saya ada ke rumah nenek Chaerlye kira-kira hendak
berjumpa dengan Chaerlye tapi Chaerlye tidak ada. Nenek Chaerlye ada tunjukkan
gambar-gambar Chaerlye. Wah! Makin
cantik nampaknya Chaerlye sekarang ini. Saya ada ambil sekeping gambar maaf
jika saya ambil gambar Chaerlye sesuka hati. Banyak perubahan yang saya nampak
pada Chaerlye. Saya suka tengok ketika Chaerlye berambut pendek nampak comel.
Hehe.. Tapi kalau Chaerlye berambut
panjang pun apa kurangnya nampak matang.
Mama
dengan papa kirim salam dekat Chaerlye sekeluarga dan mereka puji-puji
Chaerlye. Mereka ucapakan tahniah kepada Chaerlye atas kejayaan yang di capai
oleh Chaerlye. Jika di izinkan selepas tamat saja pengajiaan dan mendapat kerja,
saya ingin hantarkan rombongan. Itu pun jika Chaerlye belum di miliki oleh
sesiapa. Telah lama saya pendam hasrat ini sejak kita berada di bangku sekolah
lagi. Tapi memandangkan waktu itu kita masih muda dan saya belum lagi berjaya jadi
saya pendam saja. Saya juga tidak ingin persahabatan kita musnah hanya kerana
saya meluahkan perasaan saya.
Telah
banyak gadis yang telah saya temui sepanjang pengajiaan saya tapi seorang pun
tidak ada yang berkenan di hati. Chaerlye berbeza dengan gadis-gadis lain dan
mereka tidak ada apa yang Chaerlye ada. Izinkan saya menjaga Chaerlye seumur
hidup saya. Saya ada bagitau mama dan papa tentang hasrat saya ini dan mereka
kata jangan di lama-lamakan jika dah berkenan. Nampaknya sudah terlalu panjang
saya menulis surat ini jika ada kesempatan lagi saya akan menulis surat untuk
Chaerlye. Saya mengundur diri dahulu.
Razmye....
Aku duduk termenung memandang
surat yang di berikan oleh Razmye memikirkan tentang kebenaran surat tersebut.
Benarkah surat itu daripada Razmye dan di tulis sendiri oleh Razmye? Aku masuk
ke dalam rumah dan pergi ke ruang tamu mencari papa dan mama. Aku memberi tahu
papa dan mama apa yang ada dalam kandungan surat yang di berikan oleh Razmye.
“Cha dah besar untuk buat
keputusan sendiri semua itu terpulang dari diri Cha saja. Kami ikut saja.”
“Tapi papa, Cha cuma mahu minta
pendapat papa dan mama saja.”
“Kalau mama memang mama suka
sangat dengan Razmye tu dan mama senang sekali jika dia jadi menantu mama.”
“Ya papa juga begitu. Fikirlah
keputusan ada di tangan Cha saja itu dan rumah ini sentiasa terbuka menyambut
kedatangan Razmye.” Aku tunduk melihat lantai fikiranku bercelaru. Mama
memegang bahuku
“Mama tahu Cha sedang tunggu
seseorang dalam hidup Cha tapi sampai sekarang orang tu tidak muncul-muncul.
Cha boleh tunggu tapi sampai bila Cha kena tunggu?”
“Cha pun tidak tahu tapi Cha
dapat rasa dia ada berhampiran dengan Cha sekarang dan Cha bingung sebenarnya.”
“Cha fikirlah masak-masak
jangan mengambil keputusan yang merugikan diri sendiri dan membuatkan Cha
menyesal. Papa tidak mahu tengok Cha merana.” Aku memeluk papa dan mama. Saat
itu ingin saja aku menangis tapi aku tahan saja.
Aku kembali ke luar melihat
langit dan juga melihat ikan-ikan yang berada di dalam kolam. Aku sebenarnya
bingung dengan apa yang sedang berlaku ini tapi mama ada betulnya juga sampai
bila aku harus menunggu. Lama aku berfikir dan termenung akhirnya aku mengambil
pen dan kertas hendak membalas surat Razmye.
Razmye....
Mama
dengan papa sihat begitu juga dengan adik-adik kecuali saya yang tidak berapa
sihat. Kebelakangan ini selalu saja saya merasa sakit kepala dan kadang
menyebabkan menganggu tumpuan saya. Mama dangan papa ada sarankan saya berjumpa
doctor tetapi saya belum ada masa lagi. Nanti tunggu masa yang sesuai dulu saya
akan ke hospital membuat pemeriksaan. Razmye dan keluarga pula apa khabar
sekarang ini? Saya harap semua dalam keadaan yang baik saja.
Daripada
cerita Razmye nampaknya Razmye sekarang sedang menuju kearah kejayaan. Wah! Baguslah
itu. Memang itu impian Razmye sejak di bangku sekolah lagikan ingin mengambil
jurusan perubatan. Tercapai juga impian Razmye akhirnya itulah di namakan
berkat daripada usaha yang kita lakukan. Saya pula sekarang ini sedang
melanjutkan pelajaran di sebuah university sama dengan Razmye ambil bidang
perubatan juga. Hehe. Memang susah juga untuk saya menghafal nama-nama dalam
science ini pada mulanya yala Razmye pun tahu juga waktu di bangku sekolah saya
bukannya mengambil aliran science.
Walaupun
susah tapi syukur saya dapat juga sampai ke peringkat ini. Mesti Razmye
tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya mengambil jurusan inikan? Sebenarnya minat
itu datang secara tiba-tiba. Papa pernah bawa saya ke rumah orang kurang upaya
di sana saya melihat bagaimana mereka meneruskan hidup mereka. Saya pernah
bertanya pada papa kenapa mereka jadi begini tapi papa jawab “kalau Cha ambil
bidang perubatan satu hari nanti pasti Cha tahu apa puncanya.” Sejak itu saya
mencari banyak maklumat tentang jenis-jenis penyakit tapi saya sendiri tidak
faham. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang perubatan. Tapi sebenarnya papa memang nak sangat saya mengambil bidang
ini cuma tidak pernah papa suarakan.
Kebelakangan
ini saya sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan dan belum ada cuti lagi
jadi sebab itu saya belum dapat balik ke kampung. Rupanya Razmye selongkar
album-album di rumah nenek ya? Ikhlas ke pujian yang di berikan oleh Razmye tu?
Kalau ikhlas terima kasih dan kalau tidak ikhlas pun terima kasih juga. Tapi
saya ini biasa-biasa saja pun mana ada lebihnya. Salam aunty dan uncle di
terima dan terima kasih atas ucapan tu. Semua itu atas berkat doa mama dan
papa, mereka juga tidak pernah jemu
memberikan sokongan kepada saya.
Tak
usahlah Razmye puji saya lebih-lebih kerana belum tentu orang lain juga merasa
begitu dan di mata Dia semua sama saja tidak ada bezanya. Jika di ikutkan
siapalah saya ini. Gadis-gadis yang Razmye temui itu semuanya mempunyai
kelebihan masing-masing cuma Razmye saja yang tidak pernah mahu membuka hati
Razmye untuk cuba untuk memahami mereka. Razmye tidak pernah cuba untuk selami
hati mereka sebab itu Razmye tidak tahu. Jangan hanya melihat pada luaran saja
kerana belum tentu apa yang di lihat itu benar.
Hati
saya sememangnya telah dimiliki dan saya bahagia sangat kerana saya cukup di
sayangi olehnya. Dalam hati saya tidak ada yang mampu mengantikannya seumur
hidup saya iaitu papa dan mama. Sekarang telah ada orang yang menawarkan diri
untuk menjaga saya seumur hidup. Hasrat Razmye di terima dan papa cakap rumah
ini sentiasa menyambut kedatangan Razmye bila-bila masa saja. Cuma satu saja
harapan saya pada Razmye. Cintailah saya seperti sungai yang akan sentiasa
mengalir dan jangan cintakan saya seperti ros yang akan mati apabila musim
berganti. Semoga keputusan ini adalah yang terbaik dan kata-kata Razmye itu di
kotakan. Salam sayang...
Chaerlye..
Akhirnya tamat juga pengajianku
dalam bidang perubatan dan berjaya juga aku memiliki segulung ijazah. Sekarang
aku berkerja di sebuah hospital dan sememangnya rumahku juga tidak jauh dari
hospital tersebut. Jika mempunyai rezeki aku ingin menyambung pengajianku ke
tahap yang lebih tinggi lagi.
“Sudah bersedia dengan
kedatangan Razmye besok?” soal papa kepadaku
“Ya papa sudah sedia pun.”
“Tapi kenapa nampak tak gembira
saja ni?” soal mama pula yang tiba-tiba muncul
“Tidak ada apa-apa mama cuma
penat saja dengan kerja.”
“Itulah Cha kalau kerja tidak
ingat nak rehat.” Aku senyum dan berdiri hendak ke bilikku.
Hatiku semakin risau memikirkan
tentang besok adakah aku betul-betul telah sedia atau tidak. Maafkan aku, Irfan
kerana tidak mampu menunggu Irfan lagi sampai di sini saja penantiaan yang
tidak pasti ini. Tiba-tiba ada e-mail yang masuk, aku bangun menghadap laptopku
melihat e-mail daripada siapa. Nafasku terhenti seketika melihat nama
penghantar e-mail tersebut.
How are you my sweetheart? Sorry lama tak bagi e-mail dekat Cha. Irfan
busy sangat sorry ya sweety.. miss you very-very much.. Irfan ada good news
untuk Cha. Tidak lama lagi Irfan akan balik dan Irfan kira nak datang
rumah jumpa parents Cha. Tidak sabar
rasanya tiba masa itu. Okey Irfan kena pergi dulu urus benda yang harus di bawa
nanti. Love you sweetheart. Jangan nakal-nakal tau.. Wait me back. J
Tanpa
aku sedari airmataku jatuh perlahan-lahan hatiku sangat sakit ketika itu tidak
ada apa yang mampu aku lakukan lagi. Besok aku akan menjadi tunang orang dan
berakhirnya kisah aku bersama Irfan. Aku tutup laptopku tidak mampu lagi
melihat kata-kata yang ada di dalamnya. Aku biarkan saja airmataku jatuh
“Cha
kenapa ni?” soal mama yang baru saja masuk ke dalam bilikku. Aku memeluk mama
menangis sepuas-puasnya seperti anak kecil.
“Kalau
ada apa-apa Cha bagitau mama risau mama Cha begini.” Aku hanya membisu seribu bahasa
tidak tahu apa lagi yang harus aku katakan kepada mama. Lama aku membisu
akhirnya aku bersuara
“Mama
tadi Cha menerima e-mail dari Irfan katanya tidak lama lagi Irfan akan balik
dan mahu berjumpa dengan mama dan papa...” aku tidak sanggup meneruskan kata-kataku
“Cha
ada bagitau Ifran?”
“Cha
tidak sanggup mama. Cha tidak sanggup.”
“Jika
Cha mau batalkan majlis pertunangan Cha besok baik Cha bagitau sekarang.”
“Tidak
perlu mama. Teruskan saja.”
“Tapi
mama tidak mahu tengok Cha begini.”
“Cha
okey saja mama.”
Hari
ini aku akan menjadi tunang orang semuanya atas keputusanku juga tapi aku juga
tidak mampu membohongi perasaanku sendiri. Aku akan bertunang dengan lelaki
yang tidak aku cintai. Bahagiakah aku nanti? Meski pun aku mengenali Razmye
dari bangku sekolah lagi tapi aku tidak pernah mempunyai perasaan terhadapnya.
Aku hanya mencintai Irfan seorang saja dan dialah lelaki pertama yang aku
cintai di dalam hidupku. Tapi cintai boleh berputik perlahan-lahan selepas
berkahwin kata orang aku harap begitulah.
“Cha
keluarga Razmye sudah datang tu mari keluar.” Kata mama
“Ya
mama.” Aku bangun dan keluar dari bilikku. Jantungku seperti hendak berhenti
saja ketika itu. Aku duduk di sebelah mama dan ketika itu aku rasa ada setitik
air mata jatuh tapi cepat-cepatku sekat.
“Maaf
Razmye kata dia lambat sedikit datang ada urusan sebentar katanya.”
“Oh!
Tidak apa-apa boleh di tunggu. Sila minum.” Kata mama
“Aunty
sebenarnya saya ada benda mahu cakap dekat aunty dan uncle.”
“Ya
apa tu Cha?”
“Saya....”
belum sempat pun aku menghabiskan ayatku tiba-tiba seseorang bersuara dari arah
pintu.
“Maaf
saya terlewat.” Aku hanya tunduk ketika itu dan tiba-tiba seseorang duduk di
sebelahku. Jantungku berdebar dengan cepat membuatkan aku tidak menentu.
“Kenapa
Chaerlye tunduk? Tidak mahu memandang Razmye ke?” soal Razmye. Aku berusaha
mengangkat muka memandang bakal tunangku dan ketika itu seolah-olah darahku
hilang.
“Irfan!”
ada senyum terukir di bibirnya.
“Terkejut?”
“Tapi..”
aku tidak menghabiskan ayatku dan aku senyum. Dalam hatiku mengucap syukur.
Terima kasih semua ini.
“Terima
kasih tunggu kedatangan Irfan.”
“Irfan
jahat. Tapi bukan Razmye ke yang akan datang?”
“Sebelah
Cha tu Razmye.”
“Tapi
kenapa...?”
“Beberapa
tahun dulu Razmye terlibat dalam kemalangan dan mukanya cedera. Aunty bawa
Razmye ke luar Negara untuk membuat pembedahan dan sebab itulah kenapa wajahnya
bertukar.”
“Kenapa
tidak pernah bagitau Cha dan kenapa guna nama Irfan?” soalku
“Cha
dah lupa ke nama penuh Irfan? Razmye Irfan.” Aku senyum sendiri. Baruku ingat.
Semua ini tidak pernahku duga dan inilah yang di namakan jodoh. Orang yang aku
cintai dan yang ingin menjagaku adalah orang yang sama. Betapa bahaginya aku
ketika ini semua perkara indah pada waktunya.
1 comment:
saya dh jadi follower awak...
kalau awak sudi jd la follower kita plk....
kalau awak stress lagi bagus :p
http://stresssik.blogspot.com/
Post a Comment